Artis / Selebriti
” Fuh padu woo, tergamaknya sambil duduk je nyanyi. Part tarik tu, power.. ” – Komen Netizen
Video anak-anak Siti Sairah, Umairah dan Amad menyanyi lagu Nadeera, Bukan Lagi Kita raih pujian ramai. Fuh menyanyi santai sambil duduk pun power macam ni. Suara Amad part ‘tergamaknya kau’ tu padu betul..
Anak-anak Siti Sairah iaitu Umairah dan Amad semakin menjadi perhatian ramai. Umairah sudah mencipta kejayaannya sendiri dan sudah pun bergelar recording artist di bawah syarikat ibu saudaranya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Amad pula baru bermula dan ramai yang mula menjadi peminat Amad.
Meninjau entry di akaun Tiktok Siti Nursairah Tarudin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Umairah dan Amad berpadu suara menyampaikan lagu yang menjadi siulan ramai masa kini dan bakal bersaing di AJL39, Kisah Cinta Kita dendangan asal Nadeera.
Menerusi perkongsian video ini, Umairah dan Amad menyanyikan lagu tersebut dengan cukup baik dan bagus. Santai sahaja sambil duduk di atas lantai, nyanyian kedua-dua beradik ini mengagumkan semua pendengar. Tone suara Umairah dan Amad begitu lunak dan merdu.

Umairah sudah terbukti vokalnya dan pernah mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa. Amad pula dikatakan tidak ubah seperti DS Siti versi perempuan. Vokal Amad sedap didengar dan kemampuannya untuk menyanyi lagu bernada tinggi menjadi tarikan kepada semua. Selepas DS Siti, nyanyian Amad untuk lagu Nadeera ini diakui sedap oleh warganet.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@sitinursairahtarudin lagi santai kawan hahahaha anak² ibu panaskan suara dengan lagu kak nad gituhhhhhh tergamak bethollll 🤣 @AMAD❗️❗️ @umairah.sairahtarudin
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 190 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Suka betul aku dengan Amad ni.. Tergamak eh sambil duduk je nyanyi. Dh la duduk, suara power teruk pulak tu.. “
” Rilek je nyanyi smbil dduk. ni kalau aku hbis terajang sofa meja nk tarik suara.. smpai kentut keluar part tarik tuuu haha.. “
” Tergamaknya dorang nyanyi sambil duduk jer. memang anak-anak sedara mak iti betul.. Sedap gini jiran taknak marah, konsert free.. “
” Umai aku tak heran sangat sebab dia pompuan, tapi adik dia tu memang aku kagum habis sebab dia lelaki dan dia boleh nyanyi high note dengan duduk je, clear dan sedap di dengar pada usia semuda ini.. “
” Power weiiiii.. patut diorang yang join oiam ni.. bru rse semangat nk tengok.. Sedapnya part yg “terrrrrrgamaknya kau” hujung tu.. “
” Fuh padu woo.. dia yang nyanyi aku yang semput.. Amad ni suara dia memang sedap.. tokti versi perempuan.. Umai macam biasa on point.. “
” Tone amad mmg natural.. dah jadi fan amad.. selain tokti, budak ni nyanyi mmg sedap..apa nk heran kalau dia tarik lagu sambil duduk kan anak buah dato Siti Nurhaliza.. “
Tidak dapat dinafikan kehebatan suara Umai dan Amad ini. Adik beradik yang bakal menyinari persada seni suara suatu hari nanti dengan bakat yang mereka ada. Ini baru versi duduk, jika versi berdiri tentu lagi meremang bulu roma semua pendengar. Apa-apa pun, semoga pembaca terhibur dengan perkongsian ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sitinursairahtarudin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sama cantik sama padan. Mak Shila masih muda dan cantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara Yosh. Merinding dengar, lunak dan gemersik macam Amira Othman.. ” – Komen Netizen


