Artis / Selebriti
” First time tau tengok Tok Ram sweet macam ni, hehe.. ” – Komen Netizen
Video Tok Ram buat kejutan istimewa sempena hari lahir isterinya, Datin Alyah ketika Rehearsal Konsert Gegar Vaganza raih perhatian ramai. Wah 1st tengok Tok Ram sweet macam ni. Malu-malu Datin Alyah dibuatnya, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi Datin Alyah, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan dirinya menerima kejutan istimewa daripada suami tersayang, Dato’ Ramli MS atau mesra dipanggil Tok Ram. Menerusi video tersebut, Datin Alyah dilihat menemani Tok Ram yang sedang menjalani sesi rehearsal Konsert Gegar Vaganza.
Namun begitu, tanpa disangka Tok Ram sebenarnya telah merancang kejutan istimewa bersama semua yang terlibat bagi meraikan hari lahir Datin Alyah yang baru sahaja disambut beberapa hari lalu. Kelihatan Tok Ram membawa sebiji kek sambil meminta kumpulan muzik memainkan lagu ‘Selamat Hari Lahir’ khas buat isterinya.
Jelas kelihatan di wajah Datin Alyah benar-benar terkejut dengan kejutan yang dibuat. Datin Alyah kemudiannya naik ke pentas bersama anaknya, Izzara untuk meniup lilin di atas kek tersebut. Di ruangan kapsyen, Datin Alyah menulis bahawa dia langsung tidak menyangka kejutan manis itu akan berlaku.

Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan ini merupakan kali pertama mereka melihat Tok Ram bersikap begitu romantik terhadap Datin Alyah. Bukan itu sahaja, ramai juga yang mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada Datin Alyah.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian video tersebut dan turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan selamat hari lahir. Antara komen-komen menarik yang ditinggalkan ialah :
” First time tau tengok Tok Ram sweet macam ni, hehe. Hepi besday Datin.. Moga dirahmati selalu.. “
” Tok Ram semakin romantik. Hahahaa. Anyway Happy Birthday Datin. Terus bahagia membahagiakan dunia akhirat.. “
” Alolololo. Shweet betul. Makin tua makin shweeeet la Tok Ram hahahaha. Bagussssss. Happy birthday Datin.. “
” Happy Birthday Datin Alyah.. Semoga Hidupmu Diberkati & Dirahmati Allah Selalu.. Sehat Sentiasa & Bahagia Disamping Keluarga Tercinta.. “
” Happiest Birthday dear.. Syukur, Alhamdulillah.. Semoga dipanjangkan & diberkati umurmu, sentiasa dimurahkan rezeki & diberi kesihatan yg baik.Hidup aman bahagia dgn keluarga trsyg.. “
” Alolo kenapa saya pulak rasa nak nangis ni.. Sweetnya kali ni bday datin tokram yg buatkan. Moga hubungan sweet ini kekal ke jannah.. “
” Happy bday Datin Alyah. Semoga panjang umur murah rezeki. Xpe Datin.. Datin dah cukup lawo dah.. “
Kejutan manis yang dirancang Tok Ram itu bukan sahaja mencuri perhatian ramai, malah turut mempamerkan keindahan hubungan penuh kasih sayang antara pasangan ini, sekali gus membuatkan warganet tersenyum dan tumpang gembira menyaksikannya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG alyah81
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara live lagi mantap dari recording, jelas sebutannya tu. Makin confident Yosh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti5 days ago” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae

