Artis / Selebriti
” First time nampak muka Tokti cemas macam tu.. ” – Netizen
Video Belakang Tabir Detik Cemas Dato’ Seri Siti Nurhaliza Ketika Konsert Di Axiata Arena. Fuh 3 Saat Sebelum Keluar Tu, Muka Tokti Pun Cuak Habis. 1st Time Tengok Muka Tokti Macam Tu !!
Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza telah pun berlangsung dengan jayanya pada 9 Mac yang lalu. Konsert itu mendapat sambutan hangat daripada semua peminat Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan jualan tiketnya habis hanya dalam masa kurang 2 jam selepas dibuka.
Bagi yang tidak berkesempatan menghadiri konsert tersebut, satu siaran khas konsert ini telah pun disiarkan semalam di saluran Astro. Tidak hanya persembahan pentas DS Siti ditunjukkan, malah apa yang berlaku di backstage juga dapat ditonton. Tidak semuanya sempurna dalam sesebuah konsert dan ada kejadian yang penonton sendiri tidak perasan.
Meninjau akaun Tiktok Sitism_era, telah dikongsikan moment mendebarkan 3 saat sebelum DS Siti keluar ke pentas. Ear monitor dan mic tidak on, itu membuatkan wajah DS Siti berubah menjadi begitu cemas. Sedikit tegang di raut wajah DS Siti yang membuatkan sesetengah warganet melihat DS Siti dalam mood marah.
Tetapi apabila namanya Siti Nurhaliza, walaupun cuak masih tetap profesional dan pandai mengawal emosi apabila berada di atas pentas. Ini merupakan kali pertama warganet dapat melihat ekspresi wajah DS Siti sebegini. DS Siti sememangnya seorang yang tegas, lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan hal kerja.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )Β
@sitism_era Bayangkan 3 saat sebelum skrin dibuka ear monitor masih belum on. Kita yang tengok yang berdebar! Respect dengan teamπ«‘.#SitiNurhaliza #sebuahepitomesayasitinurhaliza #xyzbca #pov #bts #fyp #concert #Queen @Siti Nurhaliza
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 22 ribu tanda suka daripada warganet setakat ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Dah Tu ko nak suruh tok ti senyum ke. “afiyahhh anak ibu, ear monitor x on lagi syg” hahahhaa 3 saat je masa Tu weh. mmg lah neves.. ”
” Tu bkn marah, lebih kpd cemas, and dato siti mmg slalu nk bgi performance yg trbaik utk penonton.. ”
” First time nampak muka tokti cemas macam tu.. mau tak cemas. siaran live kot.. kalau kita dah tak leh performed lepas tu.. tapi tokti cool.. ”
” Marah-marah pun boleh perform lagi haha. kalau aku marah memang sampai tdo la tak de mood.. respect la pada tokti ni.. ”
” Nampak muka tok ti cuak, panik.. sapa je tak marah oooiiii.. crew leka.. Mesti la cemas tapi tengok la tahap profesional DS Siti bila skrin terbuka tenang je beliau berjalan.. ”
” Wow belakang tabir cemas g1la. yang kita duk nampak atas pentas tokti tenang dan senyum je.. ”
” Kalau dia marah pun tu normal. dia manusia lah… tp video Ni akan jd legend smpai bila2. hehehe she’s cute.. ”
” 3 sec show dah nak start. benda paling penting tak function … depan 12000. bayangkanlah huhu, kalau aku pengsan terus wey.. ”
Siapa tidak cemas jika terjadi perkara seperti ini, bukan konsert biasa-biasa tetapi ianya konsert mega. Respect dan salute warganet terhadap DS Siti kerana dalam situasi cemas pun DS Siti masih mampu mengukir senyuman dan tenang berjalan keluar ke atas pentas seperti tiada apa yang berlalu. Terbaik lah Tokti.
Silakan SHARE..
Sumber :Β Tiktok Sitism_era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Clean la, suara tak goyang, nafas pun clean. Power betul suara Hafiz, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen