Connect with us

Artis / Selebriti

” First time nampak muka cikgu berubah. Ingatkan ada drama baling pinggan tadi, haha.. ” – Komen Netizen

Video suami Elly Mazlein cuak apabila terima panggilan daripada seorang wanita buat ramai terhibur. Fuh pucat lesi muka Cikgu Azlan bila Kak Lina tanya siapa yang telefon. Rupa-rupanya ada plot twist, haha..

Sebut sahaja nama Elly Mazlein, sudah pasti ramai yang mengenalinya. Keperibadiannya yang ceria serta telatahnya yang kelakar sering kali mencuit hati ramai. Lebih-lebih lagi apabila Elly menghasilkan pelbagai kandungan video yang berjaya membuatkan penonton tidak kering gusi ketawa.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Elly, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan dirinya bersama suami tercinta, Cikgu Azlan. Menerusi video tersebut, pasangan ini kelihatan sedang leka menonton kartun kegemaran mereka, Upin & Ipin di paparan telefon bimbit sambil bersantai.

Namun secara tiba-tiba, telefon bimbit tersebut menerima satu panggilan masuk dan tertera nama ‘Elizabeth’ pada skrin. Melihat situasi itu, Elly dilihat terkejut lalu terus bertanya kepada Cikgu Azlan siapakah individu yang menelefon. Reaksi Cikgu Azlan yang kelihatan cuak turut mencuit hati ramai sebelum dia menyedari bahawa telefon berkenaan sebenarnya adalah milik Elly sendiri.

Perkongsian video ini sekali lagi berjaya mengundang tawa warganet yang terhibur melihat telatah lucu pasangan suami isteri tersebut. Rata-rata memuji keserasian dan sikap bersahaja mereka yang menjadikan rumahtangga tampak bahagia serta penuh dengan gelak tawa.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon dan kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet selepas menonton perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” First time nampak muka cikgu berubah. Syukur bukan fon dia, haha.. Such a relief cikgu papa lps sedar tu phone saripah.. “

” Masalahnyaaaa tgk upin ipin tu.. Berdekah aku gelak pun.. Elizabeth tapi profile pic depa jugak anak beranak eyyyyy, haha.. “

” Tp muka cikgu nampak pucat sikit td… Debor² jgk kan tadi… Hahahha dua2 masuk air betul, memang ngam lah jadi laki bini, haha.. “

” Hahahaha dia punyaaa plottt twisttttt mmg mega letupannn ehhhh, haha phone sendiriii rupenyeeeeee baru nk musykill dan syak wasangka ye td haha.. “

” Hahahahahahah tengok upin ipin ekkkk cikgu.. Bikin Suspen jer kakak, ingatkan ada drama baling2 pinggan plastik tadi.. “

” Dia je yang suke letak macam2 nama kt member dia. Jennifer la sutinah la baharom la. Mak lupe eaa, hahahaa.. “

” Pandai mama psycho papa.. Hahahaha nasib baik papa setia.. Kalau tak jenuh papa nk jawab benda yg tak ade lah.. “

Nampaknya Cikgu Azlan kini sudah pandai berlakon dan membuat video content dengan Kak Lina. Semoga selepas ini lebih banyak lagi video-video content suami isteri ini yang akan dipertontonkan kepada pengikut mereka. Pastinya ramai yang tak kering gusi melihat gelagat Kak Lina dan juga Cikgu Azlan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG iamellymazlein

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Bag Huntrix

Trending

Copyright © Berita Kopak