Artis / Selebriti
” Fattah tak tahu nak cover blushing dia. Kejap pegang rambut, kejap pegang mata, kejap pegang hidung, haha.. ” – Komen Netizen
Video reaksi Fattah Amin ketika Amira Othman memberitahu ciri-ciri lelaki pilihannya buat ramai terhibur. Amboi, sampai merah muka Abang Long, blushing teruk yer. Tak tahu nak react macam mana, haha..
Pada minggu lalu, Fattah Amin dan Radin Era menjadi host bersama untuk produk minuman NEX. Kali ini, pasangan ini kembali lagi dengan satu podcast yang diberi nama What’s NEX(t) ? dan rakan sekerja Fattah iaitu Amira Othman menjadi tetamu pertama mereka untuk edisi podcast itu.
Temubuat podcast berjalan secara santai dan banyak dihiasi dengan gelak ketawa. Radin sebagai host sangat profesional dan membuatkan podcast itu berjalan dengan lancar. Fattah dan Amira pula selesa bersama dan banyak kisah-kisah mereka yang terkantoi dalam podcast ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Aoandfa, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan sedutan live semalam. Banyak soalan yang diajukan oleh Radin dan salah satunya mengenai penting atau tidak status bakal suami pada pandangan Amira.

Jawapan Amira yang teratur dan bijak itu membuatkan Fattah yang berada di sebelah tersipu-sipu malu. Seakan-akan merasakan ciri-ciri calon suami yang Amira dambakan itu ada pada dirinya, gelagat dan ekspresi wajah Fattah meraih perhatian ramai. Abang Long memang banyak meminta dan aneh-aneh kali ini, hehe.
Jom tonton video di bawah :
@aoandfa eceh blushing banglong ekk 😆🤏🏻 #fattahamin #amiraothman #fattmira #fyp #foryou #trending #malaysia
@aoandfa tolong saya blushing 🫠🖐🏻 #fattahamin #amiraothman #fattmira #fyp #foryou #trending #malaysia
Perkongsian tersebut telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Mata fattah tu xlepas tgk mira je.. halah2 happy sgt nmpak fattah … mira msh malu2 .. suka tengok cara fattah pandang mira.. “
” Aku geram betul tengok reaction abang long tu. Podcast paling best layan.. 2 jam macam tak cukup lak.. mase mira tgh ckp tu sy perati je Fattah.. dia mmg meminta.. “
” Nampk fattah try upkan diri sendiri 2, mesti dlm hati akulah orangnya.. penat blushing tngok mira dan fattah ni.. “
” Kedua-dua bijak dalam memberi jawapan.. positive vibes.. suka… Takda nk sindir² org ke apa.. Dari riak muka kita boleh nampak.. “
” Blushing teruk tengok Abang Long.. Fattah tak tahu nak cover blushing dia, kejap pegang rambut, kejap pegang mata, kejap pegang hidung.. “
” Raden pun pandai pancing.. fattah ok tak tu haha.. member kat sebelah tu dah kenapa mcm tahu orang tgh cakap pasal dia ya.. “
” Ok ni la moment yang dicari, blushing.. ada org bangga & malu2 bila kaklong tgh ckp ttng dia.. fattah ni mmg tak reti cover muka subtitles ehh haha.. “
” Abang long blushing, terasa dekat diri sendiri kan haha.. kemain lagi dia senyum dengar mira cakap tu.. kaklong steady je… abg long byak subtitle… kdg2 tulusss.. “
Reaksi Fattah yang tidak mampu menahan rasa malunya itu membuatkan warganet terhibur. Semua yang Amira katakan ada pada diri Fattah. Siapa tahu, segalanya qada dan qadar Allah, rahsia Allah untuk Fattah dan Amira semoga berjodohan dan dapat membina kebahagian bersama.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Aoandfa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Padu teruk gabungan Umai dengan Hafiz. Lunak suara, dua dua ada masterpiece.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim
-
Artis / Selebriti3 days ago” Seganas ganas babah, redho je kena goreng dengan anak ehh, haha.. ” – Komen Netizen


