Artis / Selebriti
” Evie cantik dan lembut macam mamanya. Baby boy mata bulat dan handsome.. ” – Komen Netizen
Video Intan Ladyana Bersama Harris Alif Membawa Anak-Anak Mereka, Evie Khadeeja Dan Harris Umayr Bersiar-Siar Curi Perhatian Peminat. Wah Intan Dah Makin Kurus Lah. Comel Sungguh Evie Dan Umayr, Dua-Dua Muka Daddy !!
Ramai selebriti tanahair yang bertemu jodoh sesama rakan selebriti dan antaranya ialah Intan Ladyana dan Harris Alif. Walaupun jarak usia pasangan ini agak jauh tetapi mereka kelihatan seperti sebaya sahaja kerana penampilan dan karakter Harris yang matang. Pasangan ini telah pun dikurniakan 2 orang cahayamata.
Menerusi perkongsian video di akaun Instagram Harris Alif, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Harris dan Intan membawa Evie Khadeeja dan Harris Umayr bersiar-siar. Evie kelihatan teruja apabila sampai di taman rekreasi itu dan meminta agar Intan mendukungnya.
Evie berlari riang apabila dapat bermain gelongsor di taman permainan yang tersedia di situ. Adiknya Umayr pula sudah pandai bermain. Apabila Harris mengagah Umayr, si kecil ini ketawa sambil mengerak-gerakkan badan dan kakinya. Umayr pandai memberi respon sekarang, suaranya pun begitu comel sekali.

Mata warganet juga terarah kepada tubuh Intan yang semakin kurus dan langsing. Beberapa hari sahaja lagi, genap lah 3 bulan usia Umayr dan ini bermaksud sudah 3 bulan juga Intan melahirkan anaknya itu. Belum mencecah 100 hari sudah banyak berat Intan berkurangan, kembali slim macam dulu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Pasangan paling the best mashaaallah.. Baby gurl cantik lembut mcm mamanya, baby boy mata bulat dan handsome. rezeki dah dapat sepasang anak.. ”
” Rezeki jumpa intan satu family dulu breakfast dekat malakat mall.. memang lawa terukk bila depan-depan.. ”
” Cute nyaaaa dua-dua.. Kenapa comel sangat nie. dua-dua muka daddy lah. loves thus couple ever.. family paling comelll.. ”
” Cantik betul anak Intan dan Harris ni.. Weekend kalau datang sini memang ramai.. ni best je vibes.. ”
” Ala geram tengoknya. comel-comel lah anak couple ni.. saya suka pasangan ni, sweet je.. comel betul yang baby tu.. ”
” Comel nya evii.. Si umayr pun cute sangat.. Makin besaq makin segak.. Kekal bahagia Sampai akhir hayat.. ”
” Pasangan yang menjaga tatatertib. Alhamdulillah.. Cantik anak Intan.. tak samalah mukanya, dua-dua comel.. ”
Keluarga bahagia Intan dan Harris semakin ceria dengan adanya Evie dan Umayr. Ramai yang mendoakan kesejahteraan keluarga ini. Semoga Intan dan Harris sentiasa dikurniakan dengan rezeki yang melimpah ruah dan kedua-dua anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Harris Alif
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

