Artis / Selebriti
” Ernie power betul vokal, masuk betul dengan vokal ‘jantan’ Hafiz.. ” – Komen Netizen

Video Ernie Zakri dan Hafiz Suip berduet menyanyikan lagu berjudul Berakhirlah Pencarianku raih perhatian ramai. Wah duet yang padu, dua-dua power vokal, meremang dengar..
Meninjau ke akaun Tiktok Everdeens, perkongsian sebuah video yang memaparkan persembahan duet Ernie Zakri dan Hafiz Suip bersempena Konsert Perjalananku, Hafiz Suip telah meraih perhatian ramai. Mereka menyanyikan lagu berjudul Berakhirlah Pencarianku.
Paduan suara antara Ernie dan Hafiz ini cukup sesuai dan merdu didengar. Lagu ini sememangnya lagu mereka dan pernah tercalon dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 yang dinyanyikan oleh Wani Kayrie dan Ahmad Syafiq menggantikan penyanyi asal.
Setelah sekian lama, akhirnya dapat didengar secara live oleh nyanyian penyanyi asal dan ia mengubati para peminat untuk mendengar duet mereka. Gandingan Ernie dan Hafiz sangat harmoni menjadikan lagu ini sangat serasi dengan mereka.
Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Konsert ini memanifestasikan kisah suka dan duka Hafiz selama 15 tahun bergelar anak seni dan persembahan yang memberikan kejutan buat peminatnya.
Jom tonton video di bawah :
@everdeens___ I thought I would never get to hear this song on live. Finally, hafiz & ernie performed it at the Konsert Perjalananku, Hafiz Suip! Wonderful duet! 🩷 @Hafizsuip @erniezakriez #berakhirlahpencarianku #konsertperjalanankuhafizsuip#hafizsuip #erniezakri
Ramai yang memuji keharmonian suara kedua penyanyi ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Mcm2 key harmonies dari Hafiz… turun naik key dia… antara the best penyanyi lelaki yg boleh duet dgn baik. sorg lagi aku suka jugak Alif Satar.. “
” Sayangnya, mereka tak nyanyi lagu ni masa ajl.. Tak sabar nak meremang bulu roma konsert ernie bulan 1 nantI.. First release lagu ni kat youtube aku ulang tonnes of timee.. “
” Perghhh erni power betul vokal..masuk betul ngan vokal ‘jantan’ hafiz.. sungguh harmonized.. tq sharing video live hafiz suip in konsert amazing performance wow dahsyat nya mantap keduanya.. “
” Perasan bila hafiz duet dgn sesapa auto suara dia akan selit harmonies. Susah tu nak arrange suara kejap tukar key semua.. “
” Hafiz adalah Tokti versi lelaki.. ni kalau ajl haritu kompom menang dohhh.. So true..ni version live performance full song. Before this half je dorg nyanyi live.. “
” Masa dia nyanyi part mohon tu aku sokmo terbayang yg dia jadi bawang putih masa upin ipin tu.. Kuat ya suara hafiz! bertenaga betul! full voice tu.. “
” Setiap kli karaoke lagu ni part lepas bridge susah giler kalau nak hit betul2 especially bila partner x hit note betul2.. champion ni boss awan nano.. “
Sama ada Hafiz atau Ernie, kedua-dua sememangnya memiliki vokal yang power. Malah mereka juga pernah memenangi Anugerah Vokal Terbaik dan apabila digabungkan suara mereka sememangnya ia membuatkan ramai berasa meremang. Sedap dan padu sangat.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok everdeens
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar