Artis / Selebriti
” Ernie dah macam Rika Sumanto, dengan mimik mukanya tu. Sakit perut ketawa, lawak Ernie ni.. ” – Komen Netizen
Video Ernie Zakri berlatih bercakap dalam bahasa Indonesia untuk berlakon dalam sinetron buat ramai terhibur. Adui Ernie, mimik muka tu memang tak boleh tahan, dah macam mak Bawang Merah. Berdekah Ade Govinda gelak tengok Ernie, haha..
Nama Ernie Zakri menjadi sebutan warga Indonesia apabila lagu duetnya bersama Ade Govinda memenangi anugerah SCTV Awards 2024 baru-baru ini. Lagu itu memenangi Soundtrack Sinetron Paling Ngetop untuk sinetron berjudul Luka Cinta.
Buat makluman semua, Ernie dan Ade Govinda juga juga ada tampil dalam sinetron itu sebagai cameo. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ernie Grande dan Erniezakriez, telah dikongsikan satu video yang yang memaparkan Ernie berlatih untuk berdialog dalam bahasa Indonesia.
Menerusi video itu, dapat dilihat Ernie di konti Hot FM bersama Fara Fauzana dan Johan Raja Lawak. Perangai Ernie yang dipaparkan itu saling tak tumpah seperti anaknya, Nur Khawla Soleha. Paparan seterusnya gelagat Ernie sedang berlatih membaca dialog untuk sinetron lakonannya pula dipamerkan.

Gaya Ernie bercakap dengan ekpresi wajahnya itu menggeletek hati warganet. Ernie memang seorang yang kelakar dan ramai mengatakan gaya Ernie itu tidak ubah seperti watak Rika Sumanto dalam sinetron fenomena suatu masa dahulu, Bawang Putih Bawang Merah.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@secretlover.ez She method ye berlakon sinetron😭 #fypシ #erniezakri #adegovinda #ernienators #ernienatorsindo #menduniaez #lukacinta #masingmasing @erniezakriez
@erniezakri23 pass tak berlakon sinetron?
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tahu dah Lala ikut siapa haha.. terpaling kelakar lah si Ernie ni.. Sebijik kalau tengok sinetron macam tu la haha.. “
” Sama macam Rika Sumanto mak si bawang Merah. Mimik muka tu aduhai sama betul.. Pandai melawak Ernie ni, suka tengok.. “
” Ernie dia punya dialog macam Rika sumanto weh.. dengan muka-mukanya, aku tak boleh lah dengan Ernie. sakit perut gelak.. “
” Ernie blh dahtu berlakon sinetron , tp biasa sinetron ambik masa bertahun shooting…hahahahah 1 cerita , episod beratus nanti terus bisa berbicara Indo.. “
” Kak Ernie ni tak sah kalau tak buat lawak. Muka tu in character betul.. on point teruk memang sebijik mak bawang merah haha.. “
” Hahahahah ulang banyak kali pun aku masih gelak ok wakakaka.. dengan mimik muka tu yang tak tahannya.. “
” Dia bawak dh perangai asal dia kt Malaysia ke sana haha. Ernie mmg suka melawak.. muka main peranan gaiss,, ni macam Siska Sumanto haha.. “

Ernie dan perangai lawaknya memang tidak dapat dipisahkan. Berlatih melontarkan dialog pun sudah kelakar, boleh terbahak ketawa melihat gelagat Ernie itu. Apa-apa pun, tahniah Ernie kerana berjaya muncul di sinetron negara jiran dan mungkin ini akan menjadi titik tolak untuk Ernie menjadi pelakon.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Erniezakri23, Tiktok Ernie Grande
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen

