Artis / Selebriti
” Elok jugak ada video balik tabir macam ni, baru orang tahu Fatima ada je dengan daddy dia.. ” – Komen Netizen
Video rakaman diam-diam gelagat Fattah Amin bersama anaknya, Fatima Aisya di set penggambaran buat ramai tersentuh. Bukti untuk haters yang mengutuk Fattah. Part turun tangga tu touching sangat tengok..
Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang dan itu lah yang dihadapi oleh pelakon, penyanyi dan model, Fattah Amin. Semenjak Fattah bergelar duda, ramai yang mempersoalkan tanggungjawab Fattah terhadap anaknya, Nur Fatima Aisya.
Fattah bukan lah seorang yang suka berkongsi segalanya dalam kehidupan harian, apatah lagi melibatkan Fatima. Sesekali Fattah akan berkongsikan gambar dan videonya bersama Fatima, namun banyak yang disimpan kerana itu adalah privasinya bersama Fatima.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Bukansaya18, telah dikongsikan satu video rakaman yang diambil secara sembunyi-sembunyi gelagat Fatima ketika bersama Fattah. Fatima ikut menemani Fattah bekerja dan melihat kegigihan daddynya itu mencari rezeki.

Fatima kelihatan happy sahaja apabila bersama Fattah dan Fattah juga cuba sedaya upayanya untuk melayani Fatima bermain dan bergurau senda. Pengorbanan seorang ayah yang jarang untuk dipertontonkan kepada umum. Penat dan letihnya tetap diharung demi Fatima.
Jom tonton video di bawah :
@_bukansaya18 caption korang bagi la 😉 cepat x min kali ni. Xperam lama… 😂 #fattahamin #ibuazizah💓 #fatherdaughter
♬ Menamakanmu Cinta – Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Ade Govinda
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Betul saya tengok part tu pun sedih sgt. Dia betul sayang Fatima, tak boleh pisahkan. Selalu dapat tomahan yg macam² senyum sahaja Fattah. Semoga Allah taala mengangkat martabat Fattah.. “
” Sedih pulak dgn lagu ni pon sesuai.. bercerai tak senestinya tak bertanggungjawab kpd anak.. anak tu pon tahu daddynya macamana.. Sedih.. Tapi siapalah saya nak komen lelebih. Tiada dia kasut mereka. Semoga baik2 utk anak broken family.. “
” Ala nape kita plk yg nanggis bila turun tangga tu.. Dia seorang ayah yg payayang …. tp takdir utk Fattah berjauhan, InshaAllah lepas ni moga ad yg baik3 buat ABG long n Fatima.. “
” Dia dah biasa jaga ank sejak Fatima lahir. jadi bila single ni, dia x kekok untuk jaga anakHati tersentuh pimpin Fatima turun tangga.. Every precious moments with Fatima is priceless.. Kita doakan yg baik2 untuk Fattah dan Fatima.. “
” Elok jugak ada video balik tabir macam ni, baru org tahu sebenarnya fatima ade je dgn ayah dia. tapi ayah kan, sejenis tak show off family. kalau mak2 ni dh terbiasa suka record anak.. “
” Aku tak tahu kenapa part last tu ak ternangis.. terlihat seorang ayah mencari rezeki untuk anaknya… seorang anak mencari rezeki utk dikongsi bersama ayah dan ibunya… itulah susuk bernama Fattah Amin.. “
” Sedih weyh yg last fatah pimpin tangan fatima.. nampak kepenatan dan tidak terurus demi tanggujawab dia buat yg terbaik. Dia tetap seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab.. rasa sedih pulak.. “
Sisi lain Fattah yang ramai tidak tahu kerana Fattah lebih memilih untuk menyimpan moment indah bersama Fatima sendiri. Walau apa jua kecaman yang diberikan kepada Fattah, dia tetap seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab untuk Fatima. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Fattah dan Fatima.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Bukansaya18, IG Imani Imtiyaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia mari dengan kecek Kelate pulop doh. Lawak la Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Dato’ Aliff sedap je. Sengaja buat-buat suara kepit nak bagi view naik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen

