Artis / Selebriti
” Eira peluk mak mentua dia tu, tiba-tiba air mata aku menitis.. ” – Komen Netizen

Video Eira Syazira bercerita mengenai wasiat arwah ibunya kepada ibu Pak Azad buat ramai sebak. Dua-dua menangis mengenang permintaan arwah mummy Eira tu. Touching sangat tengok Eira peluk ibu mertua dia..
Bagi seorang wanita yang bergelar isteri, mendapat seorang ibu mentua yang baik adalah satu rezeki. Begitu lah juga yang terjadi dalam kehidupan isteri kepada penyampai radio Era, Pak Azad iaitu Eira Syazira. Mummy Pak Azad sangat menyayangi Eira dan melayannya seperti anak sendiri.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Eira Syazira, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Eira bercerita mengenai wasiat arwah mummynya kepada mummy Pak Azad. Kata Eira, kejadian itu berlaku sebelum berlangsungnya majlis akad nikahnya dan Pak Azad.
Mummy Eira ketika itu sudah pun sakit dan dia meminta mummy Pak Azad untuk masuk ke bilik. 2 jam lamanya mummy Eira dan mummy Pak Azad berbual dan satu pesanan yang dititipkan dan diamanahkan untuk mummy Pak Azad supaya menjaga Eira.
Sayu hati mendengar ayat ‘ Aku serahkan anak aku pada kamu’ yang mummy Eira ucapkan. Eira sendiri tidak dapat menahan sebak dan memeluk mummy Pak Azad ketika mendengar cerita ini. Kasih sayang seorang ibu kandung mungkin telah tiada tetapi Eira ada pengganti yang menyayangi dirinya seperti anak kandung.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@eirasyaziraofficial Rupanya arwah Mummy Eira wasiatkan Eira pada Mummy Pak Azad tanpa pengetahuan kami. Sedihnya 😭 Al fatihah buat Mummyku, Che Ruhani. Syurga tempat mummy, Ameen ya Allah🤲 #EiraSyazira #Fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Rezeki la dapat mertua baik.. asal aku rasa sebak tengok mak mertua dia baik dengan menantu.. “
” Bukan mudah ayat “aku serahkan anak aku pada kamu…” aduh sedihnya.. ehhh laaa hujan pulak dahhhh.. “
” “ Dia baik, mak dia baik “ Eira peluk je mamy RK dengan kita kita pun sebak.. seronoknya dpt mak mertua mcm ni.. baik sangat.. “
” Kalau menantu baik inn Shaa Allah mertua 10 kali ganda baik… begitu juga kalau mertua baik menantu pun 10 kali ganda akan baik.. yg penting pandai ambil hati dan saling hormat menghormati.. “
” Rezeki akak dapat mentua baik anggap macam anak sendiri.. pak azad tolong jangan buat hal.. Eira dah tak de mak tau.. “
” Eira peluk mak mertua dia tu , tiba2 airmata aku menitis…. ya Allah… rindu nya kat mak mertua, teringin nak rasa… selalu dengar cerita je ,mak husband meninggal masa umurnya 14tahun tak silap.. “
” Aduhai aku pulak jadi sebak.. baiknyaaa mak mertua kak ira.. moga pak azad dan eira sekeluarga bahagia till jannah.. “
Tidak semua orang dapat merasai kasih sayang ibu mentua yang melayani menantu seperti anak sendiri sebagaimana Eira dapat. Eira tidak salah memilih Pak Azad sebagai suami kerana dia mendapatkan juga seorang ibu yang akan selalu memberikan kasih sayang sebagaimana ibu kandung.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Eira Syazira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral4 days ago
” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral2 days ago
” Mama dia masuk, mama dia sebut 1 perkataan yang buat saya sebak.. ” – Wakil Pengurusan Jenazah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ingat Amayan dah lawak, Cess lagi lawak rupanya. Bahasa baku pun ke laut dua beradik ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Jika laporan itu wujud, mengapa ia tidak dikemukakan kepada pihak keluarga dan pasukan peguam ? ” – Dato’ Zaharil
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Last-last anak-anak Bella sendiri yang bagi big hint. Menggelabah terus Didi, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Ya Allah, dia yang kehilangan anak tapi dia masih boleh bagi semangat.. ” – Ustazah Marhamah
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Anak nak fly jauh weh. Touching la kita tengok Faz packing. Siap kiss pulak tu.. ” – Komen Netizen