Artis / Selebriti
” Eh eh malu-malu pula Chief KJ, terus auto nampak muda, hehe.. ” – Netizen
Video Geng Bekpes H0t Membuat Kejutan Sempena Hari Lahir Khairy Jamaluddin Raih Perhatian Warganet. Wah Terkejut KJ Dapat Surprise Daripada Kawan-Kawan. Part Hadiah Pun Bukan Kaleng-Kaleng KJ Dapat !!
Umum mengetahui yang bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sekarang bertugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM. Khairy atau mesra dipanggil KJ mengendalikan segmen Bekpes Hot di stesen radio popular itu sejak bulan Februari tahun lalu.
Bertugas setiap hari isnin, pastinya ramai yang menanti segmen Bekpes Hot untuk mendengar suara KJ. Bergabung bersama tiga lagi rakan penyampai iaitu AG, Johan dan Fara Fauzana membuat suasana pagi di konti begitu begitu meriah sekali.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan geng Bekpes Hot membuat kejutan kepada KJ sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 48 tahun. Difahamkan hari lahir KJ sebenar adalah pada hari Rabu nanti, namun diraikan awal kerana hari ini KJ bertugas di konti.

Ketika tiba di konti, KJ tidak menyangka akan menerima kejutan tersebut dan reaksi KJ seperti malu-malu. Seloroh KJ, dia hampir tidak datang kerja kerana keletihan selepas baru pulang dari negara Jepun. Sehingga kini, perkongsian ini menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton perkongsian video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video-video ini dan turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepadad KJ. Antara komen-komen warganet adalah :
” Eh eh malu-malu pula Chief KJ, terus auto nampak muda, hehe. Selamat hari jadi Chief KJ, meriah betul nie, pertama kali sambut di konti hot FM.. “
” Alhamdulillah.. Happy besday KJ.. Semoga dimurahi rezeki selalu, diberkati dirahmati dan sentiasa sihat waalfiat.. Aamiin.. “
” Wahhh besday advance.. Meriah de KJ kt konti ek.. Wish awal utk pibesday rabu ni, hehe.. Semoga KJ terus handsome selalu, sihat2 slalu yer.. “
” Happy birthday KJ.. Tiber pulak masuk vibe dia makin muda makin hensem la pulak hehe.. Meriah nampak kawan2 buat kejotan utk KJ.. “
” Betul, KJ nampak handsome hari ni. Selamat hari lahir KJ, semoga panjang umur, murah rezeki serta sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah.. “
” Blessed birthday to Chief KJ, semoga trus diberikan ksihatan yang baik, selalu dimurahkn rezeki dan kbahgian, semoga senantiasa dikelilingi oleh orang² baik. God bless you.. “
” Sempoi ja member ,steady chief.. Happy birthday lejen.. Semoga sentiasa dalam lindungan, rahmat Allah dan segala urusan dipermudahkan.. “
Terkejut KJ dapat hadiah guitar daripada Hot FM. Pejam celik, pejam celik sudah hampir setahun KJ bergelar penyampai radio. Apa-apa selamat hari lahir buat KJ. Semoga terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan sentiasa dalam lindungan Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG hotfm976
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen

