Connect with us

Artis / Selebriti

” Eh eh kemain dia, sama naik dengan bapaknya. Gaya lawak dia nak follow pak dia, haha.. ” – Komen Netizen

Video terbaru Kamal Adli bersama anaknya, Hawra Uqaira buat warganet terhibur. Amboi Hawra, sama naik dengan ayah ni. Comel part Hawra ikut Kamal menari, hehe..

Sebagaimana yang Kamal Adli pernah maklumkan sebelum ini, dia akan bersama anaknya, Hawra Uqaira setiap kali Kamal tiada urusan kerja. Waktu lapang yang Kamal ada akan digunakan untuk membawa Hawra keluar berjalan-jalan dan bermain.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kamal Adli, telah dikongsikan satu video terbaru Kamal bersama Hawra. Kamal membawa Hawra membeli-belah pakaian di sebuah kedai pakaian. Di ruangan kapsyen pula, Kamal memberitahu Hawra yang memaksa Kamal untuk membeli cermin mata. Jika tidak, Hawra akan merajuk.

Melihat gelagat Kamal dan Hawra menggayakan cermin mata mereka itu menghiburkan warganet. Disangkakan cuma Kamal yang berperangai masuk air, rupa-rupanya Hawra juga mewarisi perangai happy go lucky dan lawak seperti ayah kesayangannya itu.

Wajah comel Hawra yang tersenyum sambil mengikut Kamal menari membuatkan warganet geram melihatnya. Warganet juga mengatakan bahawa Hawra banyak mewarisi perangai Kamal. Tentu Hawra tidak bosan kerana ada ayah yang kelakar seperti Kamal.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 21 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Nampak dAh gaya lawak2 dia nak follow pak diaaaa. Omeyyy lah Hawra.. senyum tu alahai, mesti comel sangat.. ” 

” Td nmpk kat mytown lalu kat depan counter Sorella .. td nk ambik gmbr tpi kite hormat sbb Kamal tengah luangkan masa dngn anak… Semoga Kamal terus maju kuat demi hawra aamiin.. “

” Kamal nampak dah happy macam dulu… isteri hilang tak apa… tapi jangan anak… anak tu kekuatan seorang ayah.. “

” Macam abang dengan adik pulak.. Hawra copy paste perangai Ayah dia rupanya.. Comey sgt semoga baik baik je utk kehidupan hawra uqaira nk masuk 2 tahun dah dia kan. membesar sihat syg.. “

” Eh eh kemain dia, sama naik dengan bapaknya haha.. MashaAllah prangai mcm ayah hawra ni happy go lucky yee awak , comelnya abg kamal travel size ni.. “

” Anak dgn bapak sugar Rush sama level… anak dady betul. perangai gila2 dia tu serupa.. Ayah terbaik memang,tdk lupa dgn tanggung jawab,melakukan apapun utk menyenangkan buah hati,semoga sehat terus dan murah rejeki ya abang kamal.. “

” Ni ke yang pendiam dan sopan tu? hahah macam tak lah~ lepas makan coklat ke? Hyper semacam.. happy betul dengan kekasih hati ek Kamal.. “

Tumpang gembira warganet melihat Kamal sudah kembali ceria seperti dahulu. Semakin berganda-ganda kegembiraan Kamal dapat meluangkan masa bersama puteri kesayangannya itu. Semoga Hawra menjadi anak yang solehah dan kebanggaan kedua ibu bapanya apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kamal Adli   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak