Artis / Selebriti
” Duit Faz tak laku lah keluar dengan Abang Jamil. Laju dia bayarkan.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Fazura dan Que Haidar berebut nak bayar ketika membeli juadah berbuka bersama-sama di bazar Ramadhan buat ramai terhibur. Alahai comel je masing-masing berebut. Que memang gentleman sangat..
Pasangan yang sedang rancak dikenenkan oleh warganet iaitu Fazura dan Que Haidar semakin intim dan akrab. Selepas beberapa kali live bersama di Tiktok, perancangan mereka untuk ke bazar Ramadhan akhirnya terlaksana jua semalam. Pasangan ini ke Bazar Ramadhan Kg Baru ditemani beberapa orang yang lain.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Tauhu Bergedil Kemaruk, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Que dan Fazura singgah di gerai menjual tauhu bergedil. Fazura kelihatan sedang berinteraksi bersama peniaga untuk mengetahui harga setiap menu yang dijual.
Selepas Fazura selesai sahaja membuat tempahan, sepantas kilat Que bertanyakan kepada penjual itu jumlah yang perlu dibayar. Fazura ingin membayar dan mengambil wang tunai di dalam tas tangannya, namun belum sempat Fazura mengeluarkan duit, Que telah selesai membayar menggunakan kaedah QR.

Fazura memandang dan tersenyum dengan perangai Que itu. Memetik komen warganet, Que seorang yang pemurah dan gentleman. Ciri-ciri yang ada pada Que ini juga impian ramai wanita. Tercapai hasrat Que ingin belanja Fazura di Bazar Ramadhan dan ini pastinya menjadi kenangan manis untuk mereka berdua.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Aku suka tengok… tak nampak macam perigi cari timba… Faz sangat dihargai oleh que. semoga ada jodoh.. Aamiin ya Rabbal Alamin.. “
” Dia dah Que lama dah , sblom ni org lain potong Que , ni dah sampai masa dia , biar lah dia , korg jgn la nk sebok , yg penting sama ii bahagia.. “
” Gentle betul bayar semua walaupun tahu Faz banyak duit. Que jenis lelaki provider… Faz dah terbiasa dia mmbayar.. “
” Laju betul q bayar.. Ni baru nma lelaki.. gentleman tak kedekut. dh agak g bazar mesti que byr.. tu org 80&90 an bercinta tau.. “
” Que belanja juadah buka pon Faz dah salting padehal kalau dia nk beli satu gerai bergedil tu pon dia mampu. Tapi yg dia nk is actually effort dan initiative.. “
” Loyalnya que. sekaya mana pun semampu mana pun perempuan mesti terharu bila lelaki yg bayar walaupun 2ringgit, sebenarnya bukan wang ringgit tapi fhm2 jela.. ”
” QR cepat sikit dari cash hehe.. Comel dan sweet lah tengok dorang berdua ni. berebut masing-masing nak bayar.. suka tengok faz dan que bahagia macam ni.. Duit Faz tak laku lah keluar dengan Abang Jamil. Laju dia bayarkan.. “
” Nampak sesuai gila weh diorang. Tak nampak faz yang leading. Sebab nya Que ni character dia best, mcm complement kak fa, punya personality.. “
Pastinya ramai yang tersenyum sendiri melihat telatah Fazura dan Que itu. Hubungan yang direstui dan didoakan oleh ramai wargamaya. Semoga semua yang baik-baik untuk Que dan Fazura dan diharapkan agar hubungan baik ini akan kekal berkekalan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Tauhubergedil _kemaruk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Arwah Siti Sarah vs Jamal Abdillah versi gen Z. So talented.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil

