Viral
” Dia turun dua kali minta maaf dengan Ummi dia. Dia berat nak tinggalkan ummi dia.. ” – Komen Netizen

Video ibu mangsa nahas bas UPSI, arwah Muhammad Adib Hazim sebak menceritakan kelakuan pelik Adib sebelum menaiki bas buat ramai tersentuh. Seolah-olah Adib tahu tidak akan bertemu ibunya lagi. Sedih sangat kata-kata terakhir Adib untuk Ummi..
Tragedi nahas bas di Jalan Raya Timur Barat, Gerik Perak yang melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI meninggalkan kesan di hati seluruh negara. Pedih melihat ibu bapa kepada pelajar yang terkorban menerima sekujur tubuh anak-anak yang sudah tidak lagi bernyawa.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sinar Harian, telah dikongsikan satu video yang memaparkan ibu kepada arwah Muhammad Adib Hazim Halim, Puan Ruslinan Abd Razak bercerita perangai pelik yang terjadi sebelum Adib menaiki bas dan memulakan perjalanan pulang ke kampus pada malam kejadian.
Kata Puan Ruslinan, ketika tiba di tempat bas berkumpul, Adib naik ke dalam bas untuk mengisi beg dan barangannya. Seperti biasa, Adib akan bersalaman dan berpelukan bersama ummi dan ayahnya. Sambung Puan Ruslinan, Adib seorang anak yang baik dan selalu memohon maaf.
Puan Ruslinan tidak dapat menahan sebak apabila bercerita Adib turun untuk kali kedua dan memohon maaf sekali lagi. Pelik dengan perangai anak lelakinya ini, Puan Ruslinan ada bertanyakan mengapa Adib turun dan memohon maaf sekali lagi sedangkan baru beberapa minit yang lalu mereka sudah bermaafan.
Jom tonton video di bawah :
@sinarharianonline Nahas pelajar UPSI: Pesanan terakhir Adib buat ibu Jenazah seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Muhammad Adib Hazim Halim, 21, yang terkorban dalam nahas bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, Perak, disifatkan berada dalam keadaan sempurna dan seolah-olah sedang tidur, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim. Ibunya, Ruslinan Abd Razak, 55, berkata anak keenam daripada tujuh beradik itu hanya mengalami sedikit calar pada bahagian muka dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas kemalangan tersebut. Muzik: Instrospection dari www.bensound.com ——————————————— Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam SinarHarian BeritaSemasa nahaskemalanganbas UPSI Gerik nahaspelajarmaut KarnivalSiangMalam
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 190 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ya Allah meninggal sempat mnta maaf dengan ibu n dpt redha seorg ibu bertuahnya.. hensem sangat rupa paras muhammad adib haziem nih.. syurga tmptmu dik.. “
” Dia turun dua kali minta maaf dengan ummi dia. sumpah air mata aku laju turun weh.. dia dah tahu dan berat nak tinggalkan ummi dia.. “
” Betapa pentingnya ucapan maaf dr anak tiap kali nk pisah dr mak ayah.. tanda2 mak ayah benar2 maafkan dan ikhlaskan kita pergi.. “
” Arwah macam tau dia nak pergi. Bersalam dan peluk cium buat kali terakhir. Sempat mintak maaf sebelum naik bas. Pergi dalam keadaan redha ibu ayah.. “
” Sakit dada sy.. menahan sebak… smoga mkcik kuat yer… ank mkcik ahli syurga.. alhamdulillah arwah sempat mintak maaf minta restu dkt ibu… perginya dlm redha seorang ibu. InsyaAllah syurga tempat arwah.. “
” Dia dapat rasa dah dia nak pergi.. tanpa sedar air mata menitis.. terlena didunia….. bangun syurga terindah.. alfatihah anakanda Muhammad adib hazim.. tunggu bonda Dan ayahanda kamu disyurga ya nak.. “
” Pergi dengan kasih sayang dan redha ibu ayah.. untungnya dia sempat minta maaf kat mak dia.. peluk ibu dia .. dia turun 2x mntk maaf sblm naik bas, Allahhh sedih nye.. ank yg baik.. “
Perginya Adib dalam redha kedua ibu bapa. Tidak semua orang berpeluang untuk bersalaman dan berpelukan bersama ibu bapa sebelum pergi dan tidak akan kembali lagi. Semoga ummi Adib akan terus kuat sebagaimana permintaan Adib dan mengharungi kehidupan dengan tenang.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sinar Harian
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral2 days ago
” Macam tahu-tahu dia memang nak pergi dan tak kan kembali lagi. Tak terucap dengan kata-kata, sedih sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cantik sangat arwah Ayuni, sekarang hanya tinggal kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Viral21 hours ago
” Tengok keadaan pakaian, macam mana lah sakit yang arwah tanggung. Sumpah tak terbayang.. ” – Komen Netizen
-
Viral23 hours ago
” Team forensik pun cakap benda yang sama, ni pakcik van jenazah pula. SubhanAllah mulianya arwah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 hours ago
” Ini lah bidadari syurga yang Allah janjikan ahli syurga. Istimewanya Nurly di sisi Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ina menangkis bidasan orang sama dengan arwah SS dulu. Puas hati akak mendengarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Menangis weh dengar, siapa yang tak rasa sedih rakan baik pergi secara tiba-tiba.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terkejut Bella rupa-rupanya bakal mak mertua telefon, pandai cikgu berlakon.. ” – Komen Netizen