Viral
” Dia tiba-tiba nak belajar makeup sebab nak nampak cantik masa praktikal nanti. Dan dia ulang ayat tu lagi.. ” – Rakan Arwah Nurly

Perkongsian cerita daripada sahabat baik arwah Nurly Sahirah (UPSI) , Nabila mengenai Nurly buat ramai sebak. Sahabat yang mendamaikan dan penuh dengan sikap pemaaf. Petanda yang Nurly ungkap berkali-kali tetapi Nabila langsung tidak perasan. Sedih baca..
Ramai yang berduka dengan pemergian arwah Nurly Sahirah Azman. Bahkan sehingga ke hari ini, kediaman kedua ibu bapa Nurly masih belum putus dengan kunjungan daripada orang ramai. Bukan satu, tetapi banyak kisah kebaikan Nurly diperkatakan oleh rakan-rakan Nurly.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Syazwan dan Bella Used Car, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gambar-gambar kenangan sahabat baik Nurly dari kecil bernama Nabila dan Farah. Mereka bertiga bersahabat dari sekolah rendah ke sekolah menengah dan alam dewasa.
Keakraban Nabila dan Nurly umpama isi dan kuku. Nurly tidak pernah meninggalkan Nabila sendirian. Sepanjang persahabatan, banyak suka duka dikongsi bersama. Nabila juga berkongsi cerita kali terakhir dirinya dan Farah berkumpul bersama Nurly iaitu pada majlis perkahwinannya.
Nabila agak terkilan kerana dia tidak menyedari Nurly sudah pun memberikan petanda yang dirinya akan pergi jauh untuk selamanya. Beberapa kali Nurly mengulangi ayat yang sama dan apabila Nurly telah tiada baru lah Nabila menyedari ianya petanda yang langsung tidak terlintas dalam fikirannya.
Jom baca perkongsian di bawah :
@muhammad_syazwan94 Diceritakan oleh: Nabila, 23 tahun Dikarang oleh : Syazwan, 31 tahun 🌸 “Secebis KISAH , SEIKHLAS DOA UNTUK NURLY…” 🫂KISAH PERSAHABATAN MEREKA BERTIGA, (NURLY, NABILA, FARAH) Aku Nabila. Umur aku sekarang 23 tahun. Dan sepanjang 17 tahun hidup aku… Aku pernah kenal seorang sahabat bernama Nurly Shahirah. Kami rapat sejak kecil. Daripada zaman sekolah rendah, ke menengah, sampai ke alam dewasa. Dalam ramai orang yang datang dan pergi, Nurly adalah antara yang kekal, yang sentiasa ada… dalam tawa, dalam air mata. Aku masih ingat… kali terakhir kami bertiga, aku, Nurly dan Farah dapat berkumpul semasa majlis perkahwinan aku. Masa tu, walaupun dia segan dan malu-malu, Nurly tetap hadir juga. Itulah dia… luarannya nampak pendiam, tapi hatinya penuh kasih dan sayang. Aku suka sangat usik dia, “Cikgu kesayangan tu nak jadikan kau menantu!” Dan dia akan gelak sambil cubit manja. Sekarang aku ulang ayat tu sendiri… dengan senyuman yang penuh rindu. Aidiladha baru ni, aku jemput dia datang rumah untuk majlis kahwin kakak aku. Tapi jawapan dia masa tu lain… “Aku nak pergi dah laa.” Biasanya dia akan cakap, “Aku naik bas malam ni.” Aku tak sangka… itu rupanya tanda. Kami bertiga selalu throwback kenangan zaman sekolah. Zaman tak siap kerja sekolah, zaman kena denda dengan Sir Zulkifly, cikgu yang kami semua sayang. Bila kenang balik, semua kenangan tu macam baru semalam berlaku. Tapi sekarang, hanya dua yang tinggal untuk mengenang satu. Kalau nak cerita pasal peribadi Nurly… Dia seorang yang peramah, periang, dan sangat pemaaf. Sepanjang 17 tahun berkawan, tak mungkin tak pernah salah faham. Tapi selalunya puncanya dari aku. Tapi bila aku minta maaf… dia peluk aku, maafkan aku macam tak ada apa-apa pun berlaku. Dia pernah pesan: “Jaga diri, jaga aurat, jaga rumahtangga elok-elok ya Bila.” Dan nasihat itu aku pegang sampai sekarang. Istimewanya Nurly? Sebab dia tak pernah meninggikan suara. Kalau dia nak tegur, dia akan tegur dengan lembut. Bila aku lalai, dia tarik aku perlahan-lahan. Bila aku jatuh, dia hulur tangan, bukan jari telunjuk. Dan walaupun dia dah tak ada… aku masih rasa dia “ada”. Lepas pemergiannya, tiba-tiba aku dapat customer ramai masuk dari TikTok Shop. Posting aku tiba-tiba viral. Aku tahu… itu bukan kebetulan. Itulah Nurly. Dia masih tolong aku, dengan cara yang hanya Allah tahu. — 🌹 Apa Yang Aku Belajar Dari Nurly… Jadikan Al-Quran sebagai sahabat hidup. Jaga aurat, di mana saja berada. Belajar memaafkan, walaupun kita yang disakiti. Dia pernah minta aku masakkan popia carbonara, Katanya teringin sangat. Dia minta tolong siapkan VTT assignment dia, Katanya “Ni FYP aku, tolong sangat.” Dia tiba-tiba nak belajar makeup sebab nak nampak cantik masa praktikal nanti. Dan dia ulang ayat tu lagi… “Aku nak pergi dah laa…” — 💔 Rindunya Aku, Nurly… Doa aku untuk nurly : “Allahummaghfir laha warhamha wa ‘afihi wa’fu ‘anha…” “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un…” Ya Allah… ampunkan dosanya. Tempatkan dia di sisi-Mu yang paling mulia. Jadikan kuburnya taman daripada taman-taman syurga. Lindungilah dia dari azab kubur dan api neraka. Terima kasih Nurly… Kerana hadir dalam hidup aku. Kerana menjadi sahabat yang tak pernah tinggal, walaupun jasadmu kini sudah tiada. Kau tetap hidup dalam doa dan kenangan kami semua. @BELLA USED CAR #fyp #viral #upsi #persahabatan #kisahsahabat #nurlyshahirah #fypage #upsiberduka #perak #terengganu #pahang #sahabatselamanya #sahabatduniaakhirat #setia
Ini pula perkongsian dari Tiktok Nabila yang mengundang air mata warganet :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bila baca.. Air mata llki ini akn mgalir… Seorang sahabat yg baik iaitu adik Nurly Shahirah.. Alfatihah utk arwah adik Nurly.. Allah sygkan nya.. ”
” Allah huakhbar.. Sebaknya… Semoga Nurly, Bella & Farah menjadi sahabat2 sejati sehingga ke Jannah… Cuma jasadnya sja tak da tapi… Perasahabatan itu berterusan jika kita sentiasa ingat & doakannya… Nurly tetap juga di hati kami w.pun x pernah kenal… Semoga kita berjumpa di Jannah ya.. “
” “Aku nk pergi dah la” .. sama lebih kurg mcm ayat arwah abg sulong saya seminggu sblm dia meninggal “abg mir nak pegi jauh ni” … al fatihah utk semua yg sudah pergi meninggalkan.. “
” Sy yg X Kenal pun.. bila mbaca nukilan awk.. sy yg nangis.Al Fatihah bt Arwah Nurly Syahirah…. pasti syurga itu tempat mu,yakin Allah.. memuliakan roh mu dgn cara NYA memberitahu hamba2 NYA.. damaila.. “
” Aku nak pergi dah la. Kadang2 kita tak perasan maksud apa yang dikatakan.. terbaca je pasal dia..auto air mata jatuh.. nmpk je kisah dia..terus baca sampai abes.. lupa real dunia sbntar.. serasa berada di tepi dia melihat sgala ttg dia.. Al Fatihah.. “
” Tiada kebetulan dlm hidup ni… semuanya takdir. sgt cemburu ngn arwah.. perginya cara baik.. Bila baca.. Air mata llki ini akn mgalir… Seorang sahabat yg baik iaitu adik Nurly Shahirah.. Alfatihah utk arwah adik Nurly.. Allah sygkan nya.. “
” Mengalir airmata sy, baiknye arwah.. Tiap kali lalu psl arwah nurly.. Auto mnitis air mata.. suka sgt bca kisah arwah walau pon lalu slalu di fyp sy.. sy tetap akn baca berulang kali… smoge arwah tenang disana amin2.. ”
Kawan ramai tetapi sahabat sejati yang selalu mengingatkan mengenai akhirat itu sukar dicari ganti. Segala pesanan dan nasihat Nurly pasti akan diikuti oleh Nabila. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk arwah Nurly dan semua yang telah dijemput Ilahi. Semoga syurga abadi menjadi tempat mereka di sana.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Syazwan, Tiktok Bella Used Car
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Demi hendak menyelamatkan sahabatnya, dia rela korbankan diri dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Cemburunya dengan arwah, datang dalam keadaan paling cantik dan manis untuk ayahnya.. ” – Komen Netizen
-
Viral10 hours ago
” Sumpah nangis dengar pesanan akhir Nurly untuk Lily. Sahabat dunia akhirat.. ” – Komen Netizen
-
Viral15 hours ago
” Ayat tu dulu buat aku senyum. Hari ini, ayat itulah yang buat aku menangis.. ” – Tunang Nur Ainul Qistina
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Anak saya baru saja menghembuskan nafas terakhir.. ” – Rahmad Mega
-
Viral3 days ago
” Rupanya itu petanda dia dah nak pergi. Dia dah rasa tak sedap tapi tak tahu nak bagitahu macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dariya jangan kantoikan abah, part lap tisu kat mulut si abang tu terus pecah gelak.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Bayangan bas tu dekat taman, ibarat mereka di syurga.. ” – Komen Netizen