Artis / Selebriti
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara

Video Ustazah yang pernah mengajar Zara Qairina sebak bercerita mengenai Zara buat ramai tersentuh. Sedihnya dengar perkongsian Ustazah, sebak sangat..
Meninjau ke satu akaun Tiktok bernama Datiey, perkongsian sebuah video yang memaparkan perhimpunan solidariti arwah Zara Qairina oleh guru-guru sekolah rendah Zara telah mengundang sebak ramai orang. Dapat dilihat begitu ramai yang menghadiri perhimpunan tersebut.
Salah seorang guru arwah Zara semasa di sekolah rendah sempat berkongsi mengenai sikap sebenar arwah sepanjang berada di alam persekolahan rendahnya. Menurut guru tersebut, Zara seorang anak yang ceria, periang dan pintar. Zara amat disenangi oleh ramai orang.
Guru tersebut turut membantah segala fitnah yang diberikan terhadap arwah Zara yang dikatakan seorang yang kemurungan dan menghadapi tekanan keluarga. Dia turut berkongsi kali terakhir arwah Zara datang berjumpanya sebelum pulang ke asrama.
Menurutnya lagi, Zara sempat meminta untuk memeluk gurunya itu dan ia merupakan kali terakhir berjumpa dengan arwah Zara. Perkongsian ini telah menerima lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
@datiey96 #justiceforzaraqairina #zaraqairina #justiceforzara #membakutbersamamuzara
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Terbaek cikgu2 sek rendah arwah yg sentiasa menyokong arwah.. memang celaka betul yg fitnah kata arwah mental lah kemurungan lah bodoh bilis yg cakap MCM tu.. “
” Cikgu yg jujur… Terima kasih cikgu.. Cikgu sayang dgn arwah.. menangis2 sy dgr ucapan ustazah dia. Sanggup dorg menabur fitnah demi lepas dari hukum dunia.. “
” Sedih dengar…sya ni kira penjahat juga. Tpi bila dengar ni mmg pilu sekali.. Teruskan bersuara sehingga keadilan terbukti.. “
” Sedih lah pulak mendengar ustaz bercerita ptg 2 keluar plak air hujan lebat Allahuakbar.. Semoga inkues nti dpt merungkai smua kebenaran wlupun besar kmgkinan pelaku2nya hanya mdpt hukuman ringan.. “
” Bila dgr crta psal adik arwah zara msti air mata mengalir Allahuakbar3.. Moga keadilan dpt ditegakkan dgn cpt.. Anak sebaya dgn arwah.. “
” Kata2 guru2 sek rendah arwah berbeza sgt dgn guru2 smka. Amatlah tdk adil jika menteri/polis mbuat kesimpulan bdasarkan kata2 guru2/pengetua smka.. “
” Bangkit lah cikgu2 yg pernh mengajar nya.. Laungkan solidarity anda! Saksi2 mari lah tampil membantu.. Zara budak yang baik kesian adik zara.. “
Perkongsian guru sekolah rendah Zara itu benar-benar menyentuh hati seluruh warga yang hadir di perhimpunan solidariti itu. Walaupun pemergiannya dirasai, memori tentang kebaikan Zara akan terus hidup dalam ingatan ramai, menjadi inspirasi agar setiap insan membuat kebaikan sesama manusia.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Datiey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral4 days ago
” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Mama dia masuk, mama dia sebut 1 perkataan yang buat saya sebak.. ” – Wakil Pengurusan Jenazah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ingat Amayan dah lawak, Cess lagi lawak rupanya. Bahasa baku pun ke laut dua beradik ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Jika laporan itu wujud, mengapa ia tidak dikemukakan kepada pihak keluarga dan pasukan peguam ? ” – Dato’ Zaharil
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Last-last anak-anak Bella sendiri yang bagi big hint. Menggelabah terus Didi, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Ya Allah, dia yang kehilangan anak tapi dia masih boleh bagi semangat.. ” – Ustazah Marhamah
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Anak nak fly jauh weh. Touching la kita tengok Faz packing. Siap kiss pulak tu.. ” – Komen Netizen