Artis / Selebriti
” Dia punya terkejut macam nampak h4ntu. Terus tak sambung menyanyi dah, haha.. ” – Netizen
Video Sharif Zero Kena Sound Dengan Isterinya Gara-Gara Menyanyi Lagu ‘Perawan Atau Janda’ Ketika Sedang Live Buat Ramai Berdekah Ketawa. Dia Punya Terkejut Macam Nampak H4ntu. Part Menjerit Tu Paling Kelakar, Arul Berdekah-Dekah Gelak. Lawak Lah, Haha !!
Pelawak Sharif Zero dan Arul Laloca sering dilihat membuat video live bersama di akaun TikTok bermain PK. Ada sahaja gelagat Sharif mahupun Arul menyakat antara satu sama telah membuat ramai yang mengikuti live mereka tak kering gusi ketawa.
Terbaru, menerusi akaun TikTok budakbiasey telah dikongsikan video live Arul bersama Sharif. Menerusi video itu Sharif baru sahaja kalah bermain PK. Sharif telah diminta untuk menyanyikan lagu ‘Perawan Atau Janda’ . Pada awalnya Sharif telah menyanyikan lagu tersebut dengan merdu.
Namun tidak disangka, ketika sedang menyanyi, Sharif tiba-tiba menjerit sekuat hati kerana terkejut dengan sesuatu. Sharif memberhentikan muzik yang sedang dimainkan olehnya. Rupa-rupanya isteri Sharif telah masuk ke dalam bilik serta dan mengatakan sesuatu kepada Sharif.

Melihat situasi yang tak disangka itu, Arul ketawa tidak henti-henti menyaksikan wajah terkejut Sharif kena sound dengan isterinya gara-gara menyanyikan lagu tersebut. Sehingga kini, video Sharif menyanyi lagu Perawan Atau Janda telah ditonton lebih 50 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
@budakbiasey Replying to @@@@@@ terkejut member😂😂😂 #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #arullaloca #nursyachew
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka meluahkan rasa terhibur dengan gelagat Sharif dan Arul. Antara komen-komen warganet adalah :
” Dia punya terkej0t macam nampak h4ntu, terus tak sambung menyanyi dah, hahaha.. Kelakar betul lah tengok, Arul pun tak berhenti gelak.. “
” Sekali2 aku pun terkejot dohh, hahahaha.. Puas la si Arul gelak sampai tk leh berhenti.. Hari tu Fad kene, baru adil kan, hahaha.. “
” Dorang ni tk pernah tk lawak, hahahahaa.. Tahu pun tak0t kan Sharif, hahahaa nak sambung nyanyi lagi ke tak tu, hahaha.. “
” Tgk smp ulang 2, 3 kali tgk Sharif terkejut, hahaha.. Abang pilih yang mana, hahaaha terus tak jadi pilih nak perawan atau janda.. “
” Seronok Rul kau ketawakan orang, sampai tak boleh berhenti ketawa, hahaahahha.. Sharif2, memang kelakar lah muka kau terkejot tu.. “
” Hahahaahaha aku igtkan apa tadi, sekali wife dia masuk da.. Terkejot dah macam baru lepas tengok hantu.. Penangan kena sound, haha.. “
” Ya ampun sampai begitu sekali dia terkejot, hehheee sekali kita yang tengok pun nak jerit juga terkejot.. Habis lah kena bebel dgn isteri, hahahaa.. “
Ada yang berseloroh mengatakan baru adil kerana sebelum ini Sharif telah mentertawakan Fad Bocey selepas kena bebel dengan isteri gara-gara menyanyi lagu ‘Kau Tigakan Cintaku’ yang telah menjadi viral sebelum ini. Apa-apa pun ini hanyalah hiburan sahaja, semoga anda semua juga terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG TikTok @budakbiasey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia mari dengan kecek Kelate pulop doh. Lawak la Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Dato’ Aliff sedap je. Sengaja buat-buat suara kepit nak bagi view naik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen

