Artis / Selebriti
” Dia punya surprise tu macam sc4mmer. Bertuah punya suami, haha.. ” – Netizen

Video Namie Memberikan Kejutan Hadiah Hari Lahir Buat Isterinya, Akma Raih Perhatian Warganet. Fuh Bukan Kaleng-Kaleng Hadiah Namie Ni. Punya Lah Excited Tengok, Sampai Akhir Video Last-Last Terbahak Ketawa. Dengan Wife Pun Sama Masuk Air Ni, Haha !!
Kehadiran Namie sebagai pelawak dan penyampai radio mewarnai lagi dunia seni tanah air. Tidak menyesal men1nggalkan profesion guru, rezeki memihak kepada Namie dan figura ini berjaya menawan hati ramai dengan jenaka sp0ntannya itu.
Meninjau akaun Instagram Namie, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Namie memberikan kej0tan hadiah hari lahir buat isteri tercinta, Akma. Kata Namie, akhirnya dapat juga dia hadiahkan ‘ kereta hitam’ itu sebagai peneman kereta kancil oren Akma.
Hadiah Akma ditutup dengan kain hitam dan pada awalnya ditunjukkan logo jenama Mercedes. Apabila kainnya dibuka, rupa-rupanya ianya sebuah kereta mainan yang ada alat kawalan jauh. Adoi nampaknya ramai yang kena sc4m dengan Namie kali ini. Namie memang tak pernah serius, ada sahaja plot twist nya.
Isteri Namie juga sekepala dan melayan sahaja perangai masuk air si Namie. Elok pula Akma duduk di dalam kereta mainan hitam tersebut. Memetik komen warganet, ingatkan Namie sahaja yang ting t0ng, isterinya pun sama naik juga. Bahagia cara kita bak kata Namie.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Namie ini sehingga kini telah pun meraih hampir 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Eh geghhaaammmm la aku… masalahnya muat plak duduk dlm tu siap bergerak.. Bahagia cara kita, saya suka ayat tu.. ”
” Dia punya surprise tu macam sc4mmer haha. Bertuah punya suami haha.. kelakar lah.. Namie ni tak pernah serius.. ”
” Agak dah, Namie ni mesti ada plot twistnya.. Semanta aku tunggu nk tengok hadiah ‘Merc’ tu.. bong0k betul la aku bru nak video call tgk kereta baru.. ”
” Hahah pen4t la asyik kena game je haha. Tipah tert1pu, sed1hnya digula-gulakan. Wife pun sama masuk air haha.. ”
” Ad0i benc1 la kena sc4m haha.. mati2 ingat surprisekan isteri belikan kereta baru, rupa2nya dpt kereta mainan. Bini dia layankan je haha.. ”
” Aku ingat merc betul lah tadi.. dua-dua otak senget ni haha.. best sangat hadiah dia haha,.. Happy birthday Akma.. ”
” Ad0h haha pot0ng lahh.. pen4t la gini haha.. terkena lagi benc1 betul haha. suka tengok namie dengan isteri.. bahagia cara kita.. ”
Kereta mainan pun isteri Namie tetap gembira, apa yang penting bahagia cara kita tak sama dengan cara orang lain. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir buat Akma dan semoga bahagia selalu bersama insan tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Namie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Blend betul lagu ni dengan suara Hadie. Versi akustik macam ni lagi syahdu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedih tengok Amad. Tiba-tiba dia sakit, pelik kan.. ” – Komen Netizen