Artis / Selebriti
” Dia punya spontan kalah singer song writer yang tersohor.. ” – Komen Netizen
Video adik Bell Ngasri, Baby menyanyikan lagu Lemak Manis dalam versinya sendiri buat ramai terhibur. Spontan sangat lirik Baby nyanyi tu. Dah macam lagu pasal cendol je Baby, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Bell Ngasri, perkongsian sebuah video yang memaparkan adik Bell iaitu Baby sedang menyanyi telah meraih perhatian ramai. Ramai yang terhibur apabila mendengar nyanyian Baby yang merupakan seorang anak istimewa.
Baby menyanyikan lagu berjudul Lemak Manis yang dipopularkan oleh Roslan Madun, namun Baby telah mengubah lirik lagu tersebut menjadi Lemak Cendol. Wah, pandai pula Baby menyanyikan lagu tersebut secara spontan dengan liriknya sendiri.
Apabila mendengar nyanyian Baby, ramai netizen berasa terhibur dan ada yang menyatakan versi Baby lebih sedap. Bell pula melayankan sahaja gelagat adik bongsunya itu sambil merakamkan video. Comel pula Baby menyanyikan lagu tersebut.

Perkongsian video ini telah menerima lebih empat ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Bell sempat lagi menyatakan di ruangan kapsyen yang dia tidak mempergunakan adiknya untuk menyanyikan lagu tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang menghiburkan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Aku terus terlupa lirik asal dia macam mana.. terhibur saya, trus sy nyanyi ikut lirik dia jgk .. tang amboi amboi baru tahu lagu hapa. Hshsshhs.. “
” MasyaAllah tolong bnykkan content baby ni…. ko bell interframe sikit2 dah.. baby dgn abg baby ni samaaa jee kelakooo.. “
” Ingat bell nk sakat dia, org lain merah2 pp nk makan cendol.. sekali baby merah2 bibir haha comel la.. Cute dia confident penting.. “
” Klu video baby keluar aku org paling teruja…suka tgk keletah baby… dia punya spontan kalah singer song writer yg tersohor ya! Hidup baby!! “
” Hahahahhaha dia ubah semua ehh,xnak kalah ye lawaklah baby.. Ngam pulak dia punya lupa lirik tue ehh.. harhaaaa…comel.. “
” Baby punya confident mmg alwiz 200% alor alor alor…. lemak cendol… kelakor mcm abg dia jugak.. terus jadi lagu ye.. “
” Terus menyanyi hahaha . Tapi anak saudara saya pon sd suka menyanyi jgk. Pantang nampak mic abeh lahh, jap, terus kita lupa lirik asal. pandai dia ubah.. “
Kelakar juga Baby ni, sama seperti abangnya, Bell. Agaknya kalau berkumpul ke semua adik-beradik, mahu tidak kering gusi dengan keletah masing-masing. Semoga Baby sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa ceria selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bell Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara live lagi mantap dari recording, jelas sebutannya tu. Makin confident Yosh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae

