Artis / Selebriti
” Dia punya jawab penat aku gelak. Sekali Kepom pun berdekah tak berhenti, haha.. ” – Netizen

Video Usop Mentor Menjawab Isu Dikatakan Tidak Bekerja Dan Hanya Makan Duit Isteri Buat Ramai Terhibur. Kak Lina Pom Pom Pun Tak Henti-Henti Gelak Dengar Usop Cakap. Panas Je Usop Kena Tuduh, Tapi Lawak Lah !!
Meninjau di akaun TikTok milik radio Era telah dikongsikan video yang memaparkan penyanyi Usop Mentor menjadi tetamu jemputan menerusi segmen bersama penyampai radio Elly Mazlein. Menerusi video itu, Usop ditanya soalan oleh Elly mengenai ada segelintir pihak mengatakan Usop tidak bekerja dan hanya mengharapkan pendapatan isterinya.
Usop menjelaskan yang perkara tersebut tidak benar sama sekali. Bahkan Usop memberitahu yang dia bekerja siang dan malam, manakala isterinya sekarang hanya menumpukan perhatian untuk membesarkan anak mereka. Akui Usop, banyak pekerjaan dilakukan termasuk Usop mempunyai perniagaannya sendiri.
Gelagat Usop ketika menjawab persoalan itu dengan bercakap loghat utara membuatkan ramai terhibur. Bukan itu sahaja, Elly pun tak henti gelak melihat reaksi Usop seolah ‘tidak puas hati’ dengan anggapan segelintir pihak terhadapnya. Meninjau di akaun TikTok isteri Usop, Teha juga memuatnaik video menerima komen daripada seorang netizen.
Menerusi video itu, dipaparkan komen yang mengatakan Usop sekarang tidak mempunyai pekerjaan dan hanya berharap kepada Teha. Menjawab tuduhan itu, Teha berkata yang dia tidak bekerja dan sedang menjaga anak serta hanya Usop seorang sahaja berkerja menyara kehidupan mereka sekeluarga.
Tonton video di bawah ini :
( Sila tunggu sebentar jika video lambat keluar.. )
@era.je Tak baik tau korang sampai hal rumah tangga orang pun nak fitnah. Ini @usopofficial dah jawab dah isu panas yang kata dia makan duit isteri tu!! Bertabah ya usop 💚 #CartaERA40 #sharERA #ERARadioNombor1PalingLegit
@teharicher Replying to @Lukman Adam893
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan jawapan yang diberikan oleh Usop. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dia punya jawab penat aku gelak. Sekali Kepom pun berdekah tak berhenti, haha.. Bagus Usop, bantai lagi.. Amboi biasa sangat kan.. “
” Hahaha aku org Kedah, bahasa Usop tengah marah ni paling lembut weiii.. Mo aku yg marah, hampa tahawan la, hahahahaa.. “
” Bagus lah Usop tak cepat melatah bila orang gossip lawak la kau usop oii… Memang menceriyakan pagi akak pagi ni aiii dengar Usop dengan Kepom bergabung, haha.. “
” Sekali Kak Lina pun tak berhenti ketawa dengar Usop cakap.. Kak lina pompom ni jadi pengacara best, menyanyi best lepastu jadi penyampai radio pun best.. Memang havoc dn happy habis ada Kak Lina.. “
” Hamiikkk hampa kena korak hampa.. Hahaha nsib bek dia tak boh hat tuuuuttttttt hahaha.. Lawak tengok Usop marah, hahahaa.. “
” Mak cik hampa, hahaha padu Usop.. Kelakar betul dua orang ni.. Kak Lina gelak tak rilek langsug.. Hahaha.. Best tgk weh.. “
” Habis elok dah tu bahasa orang Kedah marah.. Hampa cari pasal lagi tak tau lah apa dia nak kata, haha.. Tkt hat pelik2 plk keluaq nanti.. “
Alahai kesian pula Usop, semoga Usop bersabar dan abaikan kata-kata yang tidak benar. Tak baik menuduh Usop makan duit isteri, sedangkan Usop siang malam bekerja. Apa-apa pun Usop memang terbaik, jawab isu ini dengan sangat cool. Semoga Usop dimurahkan rezeki selalu dan berjaya dalam apa bidang yang diceburinya serta bahagia bersama keluarga.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok era.je, teharicherbackup, IG usopofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Enjoy pulak dengar budak-budak ni menyanyi. Hael dengar mesti tergelak sama, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Aku menangis teresak-esak masa dia cakap kita sorang je bang. Macam kena robek hati ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Nampaknya Fattah dan Mira dua-dua dah declare ni, tak selindung lagi. Happynya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago
” Coretan buat semua pramugari di dunia ini, kisah 30 Mac lalu.. ” – Fasha Sandha
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Part ni memang ambil DNA mak dia. Selamba je dia me’minion’kan appa dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Perangai lah dua-dua ni, rosak Fattah layan Erma. Dua-dua masuk air, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cantik sangat rumah Nurul ni, macam resort pun ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bacaan mirip Sheikh Mishary Al Afasy.. ” – Ustaz Tarmizi