Artis / Selebriti
” Dia punya 10 minit tetap level hotel. Wife abang ni turun dari kayangan ke, limited edition tau.. ” – Netizen
Perkongsian Video Ridzokumura Bersahur Bersama Anaknya, Sky Taizo Tarik Perhatian Warganet. Makanan Hebatnya Akiko Masak 10 Minit Je Katanya Tapi Hasilnya Fulamak, Gempak Sungguh. Dah Macam Menu Hotel, Salute Lah Akiko !!
Saban tahun, warganet pasti akan ternanti-nanti perkongsian video oleh Ridzokumura iaitu pengusaha salun rambut terkenal di ibu kota. Hasil air tangan isteri Ridzokumura iaitu Akiko menyediakan pelbagai jenis juadah bersahur dan berbuka memang membuatkan ramai yang kagum.
Sebelum ini, Ridzokumura ada berkongsi cerita mengenai bagaimana Akiko menyediakan hidangan mereka sekeluarga. Bangun seawal jam 3 pagi, presentation Akiko di atas meja makan tak pernah failed dan tersangatlah teratur serta tersusun.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Ridzokumura, telah dikongsikan video Sky bersahur pagi ini. Seperti biasa, mulut Ridzokumura pastinya berceloteh menyuruh Sky makan. Sky pula tidur lambat semalam dan ini membuatkan matanya tak boleh dibuka. Mamai pun tetap bangun dan duduk di meja makan.

Apa yang membuatkan warganet kagum adalah hidangan sahur mereka itu. Akiko terlewat bangun dan hanya ini sahaja hidangan yang dapat disediakan. 10 minit punya hidangan katanya tetapi hasilnya sangat sempurna, lengkap dengan roti dan buah-buahan. Laju sungguh Akiko buat kerja.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” 10 minit saya telur dadar dengan kicap, bancuh air panas haha.. tapi yang ni punya 10 minit memang gempak. Ini betul-betul superwomen.. ”
” Mashaa’Allah cantik hidangan 10 menit tu, rumput pun rumputlaa jaji sedap.. Selamat bersahur sky n daddy and mommy. We’re so happy for you.. ”
” Masakan 10 minit pun tp tetap terhidang cantik. Kalau akak dh naik periuk belanga atas meja.. ”
” 10 minit saya, roti tak dan sapu jem, teruih je cicah dgn ayor haaa. hebat betul isteri abang ni. wife abang ni turun dari kayangan ke, limited edition tau.. ”
” Dia punya 10 minit tetap level hotel ye gais presentation nyeee. Sy 10 minit roti sapu jem je bang itupun kelam kabut sudu parking atas plastik roti je.. ”
” 10 min ghuper gini mcm skydining food ha. 10min aku, roti cicah teh o ja. Syukur sgt2 sb level kerajinan dan ketelitian serta kekemasan lebih drpd top ten. Memang teruja sgt2.. ”
” ater bangun lambat pun nyempat lg masok2 ala2 hotel gitu.. keme mau goreng telor buh kicap je le klu lambat bangun.. ”
” Wife abang masak and hidang, luar kemampuan akal dan masa. dah penat masak, basuh piok belanga.. tak dan la nk fikir lagi no menghiasss. Plating tak pernah out la wife abang ni.. ”
Makin kagum dan terinspirasi warganet dengan skill memasak Akiko ini. Seorang isteri dan ibu yang limited edition. Walaupun dalam masa yang singkat, hidangannya sudah seperti hotel 5 bintang. Beruntung lah Ridzokumura dan Sky ada wanita sehebat Akiko dalam rumah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG RidzOkumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti7 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya

