Artis / Selebriti
” Dia pernah hidup susah, jadi dia faham sangat macam mana susah.. ” – Komen Netizen
Video Puteri Balqis membantu seorang budak lelaki menjual buah di jalanan buat warganet tersentuh. Baiknya hati Aqish ni, semua diborongnya..
Puteri Balqis Ashikin sudah mula berkecimpung dalam dunia lakonan sejak masih kecil lagi. Namun jalan cerita kehidupan Aqish tidak seindah yang diimpikan. Aqish pernah menghilang dan menyepi, namun membuat comeback semula dan ramai yang menyokong karier Aqish.
Aqish pernah melalui waktu sukar dalam hidupnya dan membantu ibunya menjual buku di jalanan. Ianya pengalaman hidup yang mahal untuk Aqish dan kini Aqish pula cuba membantu insan-insan yang sedang melalui apa yang pernah Aqish lalui dahulu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Morosechild, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Aqish membantu seorang budak lelaki bernama Khairul yang menjual buah di jalanan. Khairul hanya menaiki basikal dan semuanya dilakukan untuk membantu ibunya.

Aqish mengatakan dia melihat dirinya ada dalam diri Khairul dan ianya membuatkan Aqish terdetik untuk membantu Khairul menghabiskan semua jualannya itu. Tindakan Aqish itu meraih pujian daripada semua warganet. Aqish berhati baik dan juga memahami keadaan Khairul kerana pernah melalui perkara yang sama dulu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Pakai seluar tido , pakai baju Christian Dior sambil menolong adik yang sedang lalui apa yang aqish pernah lalui . I ASPIRE TO BE YOU AQISH.. “
” Suka tgok reels mcm ni..a kak fans awak aqish semoga awak jadi jutawan Aqish,dimewahkan rezeki,diberikan kesihatan yg baik,panjang umur supaya awak boleh bantu ramai orang lagi.. amin.. “
” You came from the cold, but you carry warmth wherever you go.. Dahla pelakon terbaik, hati pun baik… love sgt kat Aqish ni.. Kalau dia yg buat content mcm ni, aku x rasa pun dia show off. Nampak dia sgt generous and ikhlas.. “
” I’m really proud and touched by your kindness. May God always protect you and may you always be surrounded by good people. Lots of love from your Sarawak fan.. “
” Alhamdulillah. Baiknya Aqish.. semoga Allah lipat gandakan rezeki Aqish dan adik tu juga.. Allahuakbar Alhamdulillah semoga Allah senantiasa menjaga dan memberkati Balqish .. Senantiasa di murahkan rezeki… Adik memang terbaik.. “
” Day bay day , Aqish membesar , remaja namun matang beyond age. alhamdulillah, terbaik aqish.. Semoga adik khairul dilimpah rezeki melimpah ruah.. Amin.. “
” Sebab dia pernah hidup susah jd dia faham sangat macam mana susah. Nampak ehh dia punya sensitive bila adik tu kata dia tolong mak dia. Dia gosok dada dia woo. Lebiu Aqish.. “
Kebaikan yang Aqish tunjukkan boleh menjadi inspirasi untuk semua pengikut Aqish agar selalu berbuat baik sesama manusia. Semoga rezeki Aqish sentiasa melimpah ruah selalu dan dikurniakan pahala yang berganda atas kebaikannya membantu insan lain.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Morosechild
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia memang obses dengan bini dia, ahhh lurveee.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Thank you so much sebab jadi mak tiri yang tak pernah kedekut, tolong daddy bila daddy tengah susah.. ” – Thalita

