Artis / Selebriti
” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
Kamal Adli kongsi video moment kali terakhir berjumpa dengan anaknya, Hawra Uqaira buat ramai sebak. Sedihnya baca kapsyen Kamal..
Meninjau di akaun Instagram milik pelakon Kamal Adli, telah dikongsikan sebuah video throwback yang memaparkan detik pertemuan terakhir bersama anak tersayang, Hawra Uqaira. Video berkenaan menyentuh perasaan ramai apabila memaparkan momen penuh emosi antara seorang bapa dan anaknya.
Menerusi video itu, Hawra telah dihantar untuk bertemu Kamal oleh adik lelaki kepada Uqasha Senrose. Pada awal video, Hawra kelihatan sedikit merajuk dan seolah-olah enggan mendekati Kamal. Namun begitu, reaksi wajahnya jelas tidak dapat menyembunyikan perasaan rindu yang terpendam terhadap bapanya.
Moment tersebut menggambarkan perasaan seorang anak kecil yang terperangkap antara perasaan malu dan rindu. Melihat keadaan itu, Kamal dilihat cuba mengambil hati Hawra dengan penuh kesabaran. Usahanya ternyata berhasil apabila Hawra akhirnya tersenyum dan mahu didukung oleh Kamal.

Menerusi kapsyen pula, Kamal memaklumkan video tersebut merupakan rakaman terakhir ketika dia bertemu dengan Hawra pada hari berkenaan. Dia turut meluahkan rasa rindunya terhadap anaknya, sekali gus membuatkan warganet tersentuh dengan luahan hati seorang bapa yang jelas menyayangi anaknya sepenuh jiwa.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya yang menonton video ini berasa sebak melihat keakraban dan kasih sayang yang terjalin antara dua beranak itu. Pelbagai kata semangat telah diberikan oleh warganet dan antara komen-komen tersebut adalah :
” Sekali kita pun sedih tengok video ni.. Hawra ni rapat dengan ayah dia.. Jangan lah nafikan.. Kesian tengok.. Kita lak yang sedih.. “
” Nnt cuti shoot try la jumpa hawra hope dipermudahkan blh jumpa ank tu, sama sama jaga n happy kan dia k ajak tngk papa zola.. “
” Ya Allahhhhh ayahhh.. InsyaAllah mendtg ni segalanya akan baik2 tuk ayah , anak & semuanya sampai syurga, amin.. “
” Bagus adik ipar yang ni .. Moga Kamal dapat spend masa lebih lagi Hawra.. Kesiannya anak dan ayah yang terpisah ni. .”
” Video last jumpa Hari tu.. Masih xdpt jumpa LG hawra ke.. Allah Berat rindu tu. Semoga Allah Hadirkanlah hawra jumpa Ayah nya.. “
” Siapelah letak bawang kat sini.. Ala kesiannya Hawra lama tak jmpa ayahnya. dia terlalu kecil utk hadap perpisahan. semoga yg baik2 utk 3 of u. sedih la tgk video ni.. “
” Kenapa lah akak sedih tengok Hawra lompat kat Kamal, kuat ye Kamal, semoga Allah permudahkan segala urusan, aamiin.. “
Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang memuji sikap adik Uqasha yang dilihat menghormati Kamal, malah hubungan mereka kelihatan sangat akrab. Apa-apa pun, semoga Kamal terus diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian ini dan diharapkan dia dapat bertemu lagi dengan Hawra pada masa akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG kamaladli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen

