Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia lebih Aliff Syukri daripada Aliff Syukri original. Amayan senak ulu hati nak menahan ketawa, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat Mark Warn berlakon menjadi Dato’ Aliff Syukri buat ramai terhibur. Adoi Warn, sebijik sama cara bercakap tu. Part dialog dengan Amayan tu paling lawak. Nasib tak tersembur ketawa Amayan. Jarang-jarang tengok Amayan terhibur macam ni, haha.. 

Nama Mark Warn mula mencuri perhatian warganet apabila video-video parodinya tular di media sosial. Salah satu video yang menarik tumpuan warganet adalah ketika Warn meniru gaya usahawan sensasi bertaraf jutawan yang terkenal, Dato’ Aliff Syukri.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Mark Warn, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan Warn berada di rumah Dato’ Aliff untuk merakamkan video promosi Hijabista Hub. Untuk info, Warn salah seorang duta untuk produk baju raya ini.

Dengan kapsyen tertulis ‘ bergambar bersama keluarga Abah’, lakonan Warn mencuit hati warganet. Reaksi wajah Datin Shahida, Qadejah, Ammar Ahyan dan Baim juga mengundang ketawa. Bukan main lagi Warn berlagak menjadi Dato’ Aliff, sebijik sama gayanya.

Cara Warn membebel membuatkan Ammar sendiri hampir ketawa. Bukan selalu dapat melihat Ammar tersenyum dalam content Dato’ Aliff. Senyuman Ammar kali ini cukup ikhlas. Bak komen a warganet, Ammar lebih ceria apabila bersama ‘kembar’ abahnya itu.

Jom tonton video di bawah :

@mark_warn

Bergambar bersama keluarga abah @HIJABISTAHUB fypシ fyp bajumelayu2026

♬ original sound – WAARN – WAARN

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 127 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Dia lebih Aliff Syukri daripada Aliff Syukri original haha.. Sampai tersenyum Amayan. lebih ori dari yang ori. manalah Amayan tak tergelak.. “

” Harey sebijik sama. Nampak amayan lebih gembira dng abah 2.0 ni .. nampak senyum amayan tu iklas sgt hahaha..Nampak ceria betul dengan abah clone.. “

” Amayan senyum comel di samping abah 2.0… baru nampak senyuman Amayan yang real.. part terbelit ayat tu sama betul haha.. “

” Dia berjaya buat Amayan senyum haha.. first time tengok Amayan gelak senyum ikhlas.. Aku je ke yang ulang ulang tengok.. “

” Tersembur teh ais aku waarn, kau ganti balik.. Lagi sakit kepala dari abah yang sebenar haha.. kecoh eyy.. “

” Haha wey terhibur aku, ulang ulang tengok.. Amayan kemain nak ketawa.. tahniah boleh buat Amayan senyum.. “

” Ingat buat sorang sekali buat dengan 1 keluarga.. Amayan senak ulu hati nak menahan ketawa haha.. Warn berjaya buat Amayan tersenyum dowh.. aku terhibur, kelakar.. betul betul study dulu ekk.. “

Terhibur warganet melihat telatah Warn itu lebih-lebih lagi apabila Warn berjaya membuat Ammar tersenyum manis seperti itu. Jarang dapat melihat Ammar terhibur dan menahan ketawa seperti itu. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Mark_warn

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Perfect Cushion

Trending

Copyright © Berita Kopak