Artis / Selebriti
” Dia buat dah. Bahasa isyarat ni, OKU sendiri pun tak faham, haha.. ” – Komen Netizen
Video Gelagat Roy Azman Ketika Menonton Konsert Awie Journey Buat Warganet Terhibur. Adui Lah Roy, Habis Semua Lirik Lagu Awie Dibuat ‘Bahasa Isyarat’. Macam Kena Pulak Tu. Lawak Betul, Haha !!
Konsert Awie Journey telah pun berlangsung dengan jayanya beberapa hari yang lalu. Ramai yang menghadiri konsert Awie ini termasuklah pelakon dan penyampai Radio Sinar, Roy Azman. Roy hadir ke konsert itu bersama isterinya, Fyda Razali.
Menerusi akaun Instagram Roy Azman dan Sinar FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Roy ketika Awie sedang menyanyikan lagu Ratuku. Roy begitu menghayati lagu ini sehingga membuat seakan-akan bahasa isyarat menggambarkan baik-baik lirik lagu tersebut.
Siapa sahaja yang tidak terhibur dengan kelakuan Roy itu. Gaya tangan yang digerakkan oleh Roy itu sangat kena dengan lirik lagu Awie. Roy sekarang bukan lah lagi Roy yang dahulu. Semakin menjadi-jadi lawaknya itu dan sering mencuit hati ramai.

Rata-rata warganet juga terhibur melihat telatah Roy itu. Dari awal sehingga habis sebuah lagu, lengkap ‘bahasa isyarat’ yang Roy lakukan. Entah bagaimana agaknya perasaan Fyda yang duduk di sebelah, mesti tidak dapat menahan gelak melihat gelagat suaminya itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tak payah lah bahasa isyarat tu bang, hahaha.. Power la Abang roy… Bukan senang nyanyi sambil buat bahasa isyarat.. ”
” Mute sound pon da lawak haha.. ape lagi kalau cakap.. bahasa isyarat ni, oku sendiri pun tak faham hahah.. ”
” Nasib abg roy buat bahasa isyarat.. baru saya faham haha.. tokwi tengok bahasa isyarat tu tergelak kang.. ”
” Penat lah gelak haha.. cukup Roy cukup.. aku tak nak tengok lagi haha.. Duk ulang banyak kali sampai kt lirik MENITI USIA… comel je.. ”
” Translate bahasa isyarat bang haha.. Terbaik thisisroyazman nyanyi sambil buat gaya tu kena pula lirik tu.. ”
” Bini dah nak gelak tu tak tahan hahahahaha siot lah bang roy.. dia buat dah, menjiwai sungguh ni.. ”
” Hahah nyanyi sambil buat gaya, aku tak boleh betul la dengan roy ni.. tak buat hal memang tak sah.. makin lama makin lawak.. ”
Memang ada sahaja idea Roy yang boleh membuatkan warganet ketawa besar. Tidak pernah dibuat orang tengok konsert sambil membuat bahasa isyarat yang bukan-bukan seperti ini. Terhibur warganet dengan telatah Roy ini. Semoga Roy terus mewarnai dunia hiburan tanah air.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Roy Azman, IG Sinar FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

