Artis / Selebriti
” Dia bagi jawapan pun dalam berteka teki, macam tu je Tiara gula-gulakan Achey.. ” – Komen Netizen
Video Tiara Zinnirah Memberikan Teka Teki Kepada Ayahnya, Achey Bocey Buat Ramai Terhibur. ‘Keta-Keti’ Pun ‘Keta-Keti’ Lah Tiara. Sekali Jawapan Tiara Macam Tu Je, Terpinga-Pinga Achey Dibuatnya. Macam Tu Je Achey Kena Dengan Tiara, Haha !!
Meninjau ke satu akaun Tiktok, perkongsian sebuah video yang memaparkan Achey bersama anaknya, Tiara Zinnirah telah membuatkan ramai terhibur. Tiara telah memberikan satu teka teki yang disebut ‘keta-keti’ kepada Achey dan meminta Achey meneka apakah jawapannya.
Teka teki Tiara berbunyi agak mudah tetapi jawapan yang diberikan sememangnya tidak dijangkakan. Achey tidak berjaya meneka jawapan dengan tepat lalu Tiara segera memberikan jawapan yang sebenar. Namun, Achey agak tertanya-tanya lagi jawapan Tiara itu.
Achey juga nampak kurang memahami jawapan yang diberikan. Terpinga-pinga ayah Tiara apabila mendengar jawapan tersebut. Agak-agaknya apa yang cuba disampaikan oleh Tiara tu ye. Lain macam teka teki Tiara ni. Apa pun ia membuatkan ramai terhibur.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Nampaknya Tiara mewarisi bakat lawak bapanya sehingga membuatkan ramai tertawa. Ada mencadangkan Tiara menyertai Maharaja Lawak, hehe.
Jom tonton video di bawah :
@achey_kintangkintung @tiaracandy_official
♬ original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila mendengar jawapan Tiara. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Nenek2 pun pening dgn keta keti Tiara Ni… rezeki Kau la Achey oii…tayan ler.. mcm tu je tiara gula2kn achey.. Kecik2 dh pandai bagi soalan kbat.. “
” Kalau penat bekerja seharian, pastu borak ngn Tiara, confirm penat hilang.. tiara leh geng ngan ank unty lh…dia bgi teka teki…jwpan dia,hanya dia dan Allah S.W.T je tau jwpn nya.. “
” Acik pon pening pikir jawapan awak bg tiara ular ke kalau sebenarnya.. dia bg jawapan pun dlm berteka teki.. tiara dah layak masok maharaja lawak dah nie.. “
” Muka bapak ko lps dengo jawapan geram lak ak tgk. saya tgh nangis tau bang. terus tergelak lepas dengar keta-keti tu.. “
” Tiara boleh kawan dengan anak cik nana suka. teka teki semua orang tak mampu jawab.. sama ngn anak aku. main teka teki tapi jawapan dia panjang mcm cerita sang kancil dh.. “
” Memang keta keti laa nak menjawab ni.. biasa ayah gula² kt org..nah skrg tiara gula²kan ayahnya pulak. teka teki dia, Tiara jer yg ada jawapan.. “
” Aku selalu berebut keluar keta dgn anak aku. Pastu dia lari sambil cakap. sapa lambat dia menanggggg!! huntung aku kalah.. “
Bak kata pepatah, bapa borek, anak rintik. Maklumlah Tiara selalu sangat melihat gelagat ayahnya yang sering membuat lawak. Sekali sekala Tiara pula yang membahan ayahnya, hehe. Semoga Tiara Zinnirah membesar menjadi anak yang baik dan berjaya dalam kehidupan. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti1 day ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae

