Artis / Selebriti
” Details dekat baju tu cantik sangat. Gempak weyy baju diorang, siap sulam Fa Alif lagi. Eksklusif betul.. ” – Komen Netizen
Video close up busana pengantin Amira Othman dan Fattah Amin oleh pereka fesyen terkenal, Fiziwoo curi perhatian warganet. Fuh patut lah dari jauh pun dah nampak cantik. Tengok details baju, memang wow sangat..
Ketika Amira Othman melangkah masuk ke dewan persandingan, banyak mata tertumpu kepada busana yang Amira gayakan. Ianya kelihatan simple, baju kurung moden berwarna putih beras, namun rekaan dan sulaman yang terhasil di atas baju itu menarik perhatian.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Fiziwoo, telah dikongsikan satu video yang memaparkan busana rekaan Fiziwoo itu secara dekat. Dapat dilihat, hasil kerja Fiziwoo yang cukup teliti dan kemas. Pada baju Melayu Fattah dan baju kurung Amira ada disulamkan huruf Fa dan Alif.
Warganet juga dapat melihat sulaman pada baju Amira yang cukup indah. Bukan mudah untuk menghasilkan karya seteliti ini dan Fiziwoo berjaya membuatkan Amira kelihatan berseri-seri dalam busananya itu. Komen warganet, baju ini memang lain daripada busana pengantin selebriti lain yang pernah mereka lihat.

Pujian demi pujian diberikan oleh warganet setelah melihat secara close up detail baju Amira dan Fattah itu. Cukup sempurna dan ianya salah satu rekaan Fiziwoo yang seharusnya diberikan pujian. Padanan aksesosi dan solekan yang cantik juga menaikkan lagi seri wajah Amira.
Jom tonton video di bawah :
@fiziwoofficial Congratulations to Fattah Amin & Amira Othman on your beautiful wedding! You both looked absolutely stunning, especially with the elegant outfit from Fiziwoo that truly highlighted your special day. Wishing you a lifetime of happiness together! ✨ #fiziwooartisanal #fattahamin #fiziwoo #amiraothman #fattahamira
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Cantiknya baju mira, details dekat baju tu cantik sangat.. gempak weyy baju diorg.. baju lengan Fattah simbol mereka. Dekat veil amira pun ada. Cantikk.. “
” No wonder lawa sangat baju dia.. Classic and Classy.. Kain material apa ni.. Terletak elok tgk diaorg ni pakai.. “
” Aura Fattah macam royalty.. Wow siap sulam fa alif lagi.. ekskusifnya.. baju pengantin sekarang memang letopp eh.. terbaik lah cantik baju.. “
” Semoga Fattah dn Amira diberikan keberkahan hingga ke Syurga Jannah bersama.. Sentiasa dlm Lindungan Rahmat Kasih Redha ALLAH SWT dn dpermudahkan sgala urusan dDunia dn dAkhirat.. “
” Cantikkknyaaa baju pengantin niii.. simple tp nampak exclusive.. love sangat.. the details are insane.. fiziwoooo, elegent sgt baju ni.. “
” Both baju pengantin lelaki dan perempuan nampak smart dan elegant.. congratulations Fiziwoo.. cantik sumpah mmg cantik baju ni.. “
” Simple tapi mewah.. tengok lah siap ada sulam huruf fa dengan Aliff lagi. Ingatkan veil mira je ada sulam fa alif. Dekat lengan baju fattah pun ada. Nampak exclusive betul.. baju dia lain dari yang lain laa.. “
Lain daripada yang lain dan ianya sememangnya rekaan eksklusif untuk Amira dan Fattah. Pastinya ramai bakal pengantin selepas ini akan menginspirasikan busana Amira sebagai busana pengantin mereka. Yang penting selain cantik, ianya menutup aurat dan menyerlahkan si pemakaian.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fiziwoo
Artikel ini disediakan oleh BEsRITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Hari tu punca saya warded adalah kerana.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sama cantik sama padan. Mak Shila masih muda dan cantik.. ” – Komen Netizen


