Artis / Selebriti
” Dengan umur macam ni masih sedap lagi nyanyi live. Living legend Kak Gee.. ” – Netizen
Video Persembahan Ziana Zain Menyanyikan Lagu ‘Berpisah Jua’ Di Konsert Ziana Zain 2024 Buat Ramai Yang Kagum. Part Tarik Tu Memang Padu Lah, Meremang Weh !!
Sebut sahaja nama Ziana Zain, sudah pastinya ramai yang mengenalinya Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain. Semalam, Ziana telah mengadakan konsert yang berjudul Konsert Ziana Zain 2024 di Mega Star Arena. Konsert ini menjadikan konsert solo Ziana Zain selepas 22 tahun tidak membuat konsert.
Lebih 5,000 yang hadir pada konsert Ziana semalam yang berlangsung selama tiga jam itu menerusi 20 buah lagu popularnya. Antara lagu popular yang didendangkan ialah Madah Berhelah, Berpisah Jua, Kemelut Di Muara Kasih dan Anggapanmu.
Meninjau di akaun Instagram Sinar, telah dikongsikan video sedutan konsert Ziana ketika menyanyikan lagu Berpisah Jua. Menerusi video itu, kelihatan Ziana membawa lagu tersebut dengan penuh penghayatan dan ianya meraih perhatian warganet.

Ramai yang meluahkan rasa kagum mendengar nyanyian Ziana. Kata warganet, di usia Zaina yang sudah 50 tahun lebih, dia masih mampu menyanyi dengan sangat baik dan suaranya masih maintain seperti dahulu. Sehingga kini, video nyanyian Ziana menerima ratusan komen sejak ia dimuatnai ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata pujian diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dengan umur macam ni masih sedap lagi nyanyi live.. Apakan la pulak mase muda² dulu kannn.. Living legend Kak Gee.. “
” Bestttttttttttt mcm tak boleh nk move on sejak mlm tadi dgn kehebatan vokal, energy, production yang superb.. Love sangat.. “
” Fuhhh confirm meremang.. Sedapnya… Mendayu dayu…Vocal control on point.. Suara kak ziana tetap berada class nyer tersendiri.. “
” Suara Kak Gee tetap power walaupun dah umo 56 tahun.. Sama macam suara muda2.. Kalau artis lain dah tak sama… “
” Rindunya zmn 90an & 2000an… Kegemilangan lagu balada. Setiap bait2 lagu & gubahan muzik sgt menusuk kalbu dan begitu puitis sekali bahasanya.. “
” Lagu2 ZZ ni dah tak perlu tepek lirik kat screen sbb semua org dah hafal dlm kepala. ZZ memang dari dulu sampai ke sekarang mantul.. “
” Mantappp, napa sebak sangat ni… Ada air jernih bertakung dimata.. Macam kena pula dengan kisah kehidupan Kak Ziana.. “
Begitu mengagumkan persembahan Ziana semalam, patut lah ramai yang memuji. Bak kata peminat Ziana sendiri, suara Ziana masih sama seperti dahulu dan kalau mendengar secara live seperti suarannya dalam kaset. Apa-apa pun, semoga Ziana terus maju jaya dalam bidang seni suara dan segala urusan Ziana dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sinar_my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen

