Artis / Selebriti
” Dengan saya rasa sebak. Selalu tengok Tok Fizz nangis dalam drama je.. ” – Komen Netizen
Video team Suria FM prank Dato’ Fizz Fairuz sempena ulangtahun kelahirannya. Wah hebat betul lakonan masing-masing, sampai Dato’ Fizz tak perasan langsung itu prank. Sampai menangis Dato’ Fizz dibuatnya, alahai sebak pula tengok..
Kehadiran Dato’ Fizz Fairuz sebagai penyampai di stesen Suria FM menambahkan lagi keceriaan di konti radio. Dato’ Fizz bergandingan bersama Ajak Shiro dan Suraya untuk slot pagi dan trio ini digemari ramai kerana celoteh dan jenaka spontan mereka bertiga yang mencuit hati pendengar.
Meninjau entry di akaun Tiktok Suria Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ajak, Suraya dan team Suria mengenakan Dato’ Fizz. Semalam tanggal 22 Oktober merupakan hari lahir Dato’ Fizz dan mereka merancang satu kejutan khas untuk Dato’ Fizz.
Suasana di konti agak tegang apabila editor memberitahu ada kesilapan informasi yang dibacakan oleh Dato’ Fizz dan kesannya mereka dipanggil oleh pihak atasan untuk diambil keterangan. Baik Ajak, Suraya, mahu pun editor Suria bernama Su melakonkan watak mereka dengan cukup baik.

Dato’ Fizz kelihatan sedikit tegang wajahnya dan dia bersedia untuk berjumpa untuk menyelesaikan hal tersebut. Ketika mereka di konti masih berdiskusi, team Suria yang lain masuk dan membawakan sebiji kek untuk Dato’ Fizz. Prank menjadi kali ini dan Dato’ Fizz dari tersenyum akhirnya menangis kerana terharu.
Jom tonton video di bawah :
@suriamalaysia Pak Abu pertama kali tengok depan mata, Tok Fizz nangis real punya dalam Konti. Terima kasih Tok Fizz. Semoga menjadi inspirasi dan motivasi serta semangat kepada SURIA juga buat para pendengar setia SURIA. #suriamalaysia #fyp #segalanyahiburan #prank
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bukan airmata sedih, tp terharu.. happy birthday tok fizz. semoga yg baik² mengiringi usiamu yg mendatang.. “
” Selamat hari lahir tok fizz… so touching.. Sweetnya tok fizz bila kena prank.. apa2 semoga tok fizz murah rezeki selalu.. “
” Happy birthday tok fiz… Saya pun ikut sedih tengok tok fiz nangis… susah tau nak prank pelakon.. tok terkena dgn team suria.. “
” Aiii Tok nak nangis jgn lah ajak org lain.. dah sy kena cari tisu. tisu mana tisu… Happy birthday tok Fizz.. “
” Bila ada orang ingat tarikh-tarikh hebat dalam hidup… memang air mata kita akan keluar.. kawan-kawan sekerja yang baik.. happy besday tok fizz.. “
” Happy birthday tok fiz.. semoga dipanjangkn umur dimurahkan rezeki.. aaminn.. dengan saya saya rase sebak.. tengok tok fizz nangis selalu dalam drama je.. “
” Happy birthday Tok Fizz.. menjadi ajak punya prank.. korang nakal tau sampai nangis tok fizz. tapi salute lah, friendship suria dia memang terbaik.. “
Terharu betul Dato’ Fizz dengan ingatan daripada rakan-rakan sekerjanya ini. Walaupun kena prank, Dato’ Fizz tetap tenang sahaja. Kami di Berita Kopak juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir buat Dato’ Fizz. Semoga Dato’ Fizz dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan bahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Suria Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu. Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cari nahas sungguh Cikgu Geografi ni. Kak Lina merajuk rumah jiran mana pula kali ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hampir gugur jantung weh, betul prank seram ni. Zizan bagus caring weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Orang cakap macam tu pasal ayah saya, saya rasa macam.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti1 day ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen


