Artis / Selebriti
” Dengan aku sekali menangis tengok Fatin dan Opai menangis.. ” – Komen Netizen
Video Fatin Afeefa bersama suaminya, Aliff Awang menghantar anak ke sebuah pusat tahfiz mengundang sebak ramai. Part Fatin dan Opai menangis bila dengar kata-kata daripada anak mereka tu memang sebak sangat..
Setelah mendirikan rumahtangga bersama Aliff Awang atau lebih dikenali dengan panggilan Opai, pelakon Fatin Afeefa kini tidak lagi aktif dalam dunia seni hiburan. Fatin sekarang lebih menumpukan perhatian kepada keluarga dan perniagaan yang dijalankannya.
Meninjau di akaun TikTok milik sebuah pusat tahfiz bernama Akademi Al-Quran AKMAL, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fatin dan Opai menghantar anak sulung Fatin iaitu Adam Aisy Arrian ke pusat tahfiz tersebut untuk menjadi seorang Hafiz Al-Quran.
Menerusi video itu, kedengaran Adam membaca satu teks yang telah disediakan di hadapan kedua orang tuanya. Namun, apa yang membuat warganet menjadi sebak adalah melihat Fatin dan Opai menangis saat mendengar kata-kata Adam kepada mereka.

Bukan itu sahaja, ramai juga berbangga dengan kesungguhan Opai meskipun Opai hanyalah bapa tiri. Opai menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dan mendidik anak Fatin ke arah yang jauh lebih baik. Sehingga kini, video anak Fatin ke pusat tahfiz menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@akademiakmal Ia adalah tangisan penuh makna, lahir dari lubuk hati seorang ibu dan ayah di dunia realiti, saat menghantar anak mereka ke tahfiz. Perjuangan kini bermula. Beruntunglah ibu bapanya dikurniakan anak yang berada di jalan menghafal Quran. Tahniah Puan Fatin Afeefa dan suami kerana telah memilih untuk berada dalam perjuangan ini bersama anak. Moga Allah permudahkan langkah mereka 🤲🏻✨ #akmalspeedtahfizprogramme #hafizsetahun #akademiakmal #tahfiz #tahfizakmal #alquran #hafizquran #30juzuk #fatinafeefa #hafizquran #fyp #sahamakhirat
♬ original sound – Akademi Al-Quran AKMAL – Akademi Al-Quran AKMAL
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian tersebut dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dengan aku sekali menangis tengok Fatin dan Opai menangis.. Opai yg dulu kita judge , harini Opai berjaya pimpin tangan keluarganya menuju ke jalan Allah.. “
” Faten mmg tak salah pilih suami. Hari tu dia ade ckp dia tak ckup duit sbb ex dia tak bgi kerjasama tpi suami dia yg ni ckp takpe dia tanggung.. “
” Tgk la opai.. Dia tahan sebak padahal dia hnya sambung kasih syg ayah tu.. Tp dia trlebih dr ayah sebenar.. Tahniah Fatin dan Opai.. “
” Contoh umrah yg mabrur. Balik je dri umrah dia cuba perbetulkan diri dia 100% salute u sis.. Tahniah Opai.. Anak yg kau ambil tggjawab utk menjaga n mendidik… In shaa Allah akan membawa kamu ke syurga Nya.. “
” Faten dulu bukan main seksi tapi sekarang alhamdulillah sukaaa tengokkk banyak dah berubah. cantikk sangatt dia. Anak ii pun baik je.. “
” Bahagia tgok Fatin sekarang dgn husband yg skrg.. Anak2 pun terjaga dgn baik. Semoga bahagia kekal ke jannah buat family ini.. “
” MashaaAllah Tabarakallah Mommy Fatin Afeefa & suami. Percayalah, ibu yg berjaya adalah ibu yg memberikan pendidikan agama yg terbaik.. “
Kasih sayang ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Sesungguhnya mana-mana ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Sebak tengok Fatin dan Opai menangis saat anak mereka melafazkan kata-kata tersebut. Semoga Adam Aisy Arrian menjadi Hafiz Al-Quran serta anak yang soleh.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok akademiakmal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti7 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya. Mr E ni unpredictable tapi fun.. ” – Komen Netizen

