Artis / Selebriti
” Dekta sedih orang lain ada mak tapi Dekta hilang mak awal sangat.. ” – Thalita

Video Thalita muncul sebagai tetamu jemputan di Dol’s Podcast bercerita mengenai arwah ibunya, Siti Sarah buat ramai sebak. Sedihnya dengar luahan hati Dekta. Shuib pun tak boleh tahan air mata..
Pemergian arwah Siti Sarah Raissuddin kira-kira 4 tahun lalu sememangnya dirasai oleh ramai orang. Yang paling terkesan pada waktu itu adalah Shuib Sepahtu dan seluruh ahli keluarga Siti Sarah. Dek kerana Covid-19, semua tidak dapat melihat wajah Siti Sarah buat kali terakhir.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Dolspodcast, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak perempuan Shuib, Thalita diundang sebagai tetamu podcast minggu itu. Banyak yang diperbualkan dan antaranya menyentuh mengenai pemergian Siti Sarah.
Shuib memulakan pertanyaannya kepada Thalita dan mengatakan dia sebenarnya teringin sekali ingin mengetahui perasaan Thalita ketika pertama kali melihat berita kematian ibu di kaca TV. Thalita tidak berselindung dan jujur mengatakan dia pada awalnya menyangka itu adalah prank.
Namun Thalita menyedari ianya bukan prank apabila melihat semua yang mengiringi ibunya ketika itu memakai pakaian yang sama. Sambil bercerita, Thalita tidak dapat menahan air matanya daripada jatuh. Sedih yang tidak dapat digambarkan dan Thalita menangis menonton berita itu.
Jom tonton video di bawah (tonton video penuh di komen) :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aku tak boleh la dengan Thalita ni… airmata auto keluar.. lagi aku rasa nak meraung bila dengar Thalita cakap semua orang cakap pasal ibu.. dekta rasa tak layak kawan dengan diaorang.. “
” Dekta ni.. habis bulu mata ext aku da tercabut sehelai, da x bole kena air 1 hri.. lencun air mata aku weh.. tak boleh bayang kalau aku dekat tempat dekta.. “
” Asal cerita pasal situ sarah mesti shuib pakai spek hitam. Mesti dia taknak tunjuk dia sedih kan.. “
” Kami pun sedihhhhhh bila tahu Ibu dekta dah takde.. walau kami tak pernah bersua. Tapi aura ibu dekta lain macammmmm.. semoga Syurga Tertinggi buatnya.. “
” Sayang. Memang sedih sangat bila aunty bayangkan situasi awak dan adik beradik lain. Tak dpt melihat kali terakhir jenazah ibu. Takkan dpt jumpa lagi sampai bila2.. “
” Cara dia nangis sebijik macam arwah ibu dia. Rasa sedih nye tgok dek ta lalui hidup ini bila berkata seorg.. “
” Baru tengok separuh macam ni pun dah meleleh air mata.. sumpah episod paling banjir tengok.. sedihnya hati seorang anak yang terpaksa merelakan pemergian ibu tanpa dapat melihat wajah arwah untuk terakhir kali.. “
Hati anak mana yang tidak sedih apabila ibunya pergi menghadap Ilahi dan tidak langsung berpeluang untuk melihat wajah ibu untuk kali terakhir. Semoga Thalita selalu menjadi anak yang solehah yang sentiasa mendoakan untuk ibu di sana. Allah lebih sayangkan ibu dan pasti ibu Thalita tenang di sana.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dolspodcast, IG Shuib Sepahtu, Youtube Channel Shuib Channel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Suara itu menterjemah erti sebuah Rindu. Suara Sarah, aa nangis dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sky tak suka sangat filter, masalahnya abang tak de filter gelap gelita.. ” – Ridzokumura
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Atuk nak pesan sikit. Apa pun yang Thalita buat malam ni.. ” – Raissuddin Hamzah
-
Viral1 day ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen