Artis / Selebriti
” Dekah aku yang hujung tu. Ryzal ajar apa ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video Maryam You Narae menyebut beberapa perkataan dalam loghat Kelantan buat ramai terhibur. Wah fasih betul Maryam, sebutan pun tak pelat langsung. Yang last tu memang mengekek gelak.. Lulus jadi orang Kelantan ni Maryam, hehe..
Nama Maryam You Narae bukan nama asing dan kehidupannya bersama Ryzal Ibrahim dan anak-anak mereka, Rina dan Rian seringkali menjadi perhatian ramai. Sering diasak soalan supaya bercakap dalam loghat Kelantan, Maryam menunjukkan kebolehannya berbicara dalam loghat negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Duriankimchi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Maryam bercakap dalam loghat Kelantan. Kata Maryam, loghat Kelantan ini cukup mudah untuk dipelajari kerana kebanyakan perkataan hanya ditukar huruf hujungnya dengan huruf ‘e’.
Maryam menyebut beberapa perkataan sebagai contoh supaya warganet memahami maksudnya itu. Ikan disebut sebagai’ ike ‘, makanan pula menjadi ‘ makane ‘, jangan menjadi ‘ jange ‘, ayam pula disebut sebagai ‘ aye’. Ianya antara perkataan yang mudah untuk diingati.

Telatah Maryam itu mencuit hati warganet, lebih-lebih lagi ketika Maryam menyebut perkataan terakhir dalam video itu. Wah Maryam betul-betul sudah berjiwa orang Kelantan. Terhibur warganet dengan sebutan-sebutan Maryam itu, tentu Ryzal yang mengajar semua perkataan ini.
Jom tonton video di bawah :
@uyounik Kacang je keceh kelate
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 50 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Nate tu paling accurate haha.. ore korea pun panda kecek klate. laki aku sapa harini xreti2 kecek klate.. “
” Laki aku org kl xreti kecek kelatey.. pdhal aku kecek kelatey jahh ngn ank2 aku ngn dia pon aku kecek kelatey tapi dia reply kl balik.. xtahu laa nyahhh.. “
” Kito ore kelate pun tok perase kecek kelate ni di belake letok el jah… hahahaha memang padu la mek ni caro ngajar.. “
” Dio mari dengan nate hok ngesuk sobat hahah.. baik dio la ore Korea blh kecek klate.. hebat.. lawak mung ni Maryam haha.. “
” Woh ngelast nga natee sobat hahaha.. cukup kelate dah tu sebab ada nate.. lulus dengan cemerlang Maryam.. “
” Dekah aku yang hujung tu, haha.. tetiba dengar nate, maryam memang slay lah.. siapa ajar Maryam bual kacip ni haha.. “
” Member aku semua dia letak e kat belakang. Ada satu masa kitorang tengah buat plan architecture drawing. Dia tanya “siap doh ko pelan?” dia buang an, dia tambah e.. aku pulak yang gelabah.. “
” Rizal ajar apa ni last sekali tu haha.. dengar yang hujung tu memang lulus lah cakap kelantan.. markah penuh terus dapat haha.. “
Pandai betul Maryam bercakap dalam loghat Kelantan, perkataan akhir itu sememangnya trademark orang Kelantan. Kalau ada ujian, Maryam tentu akan mendapat markah penuh. Pandai Ryzal mengajar Maryam, lama-lama Maryam lagi Kelantan dari orang Kelantan sendiri. Terbaik lah Maryam.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Duriankimchi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti3 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita

