Artis / Selebriti
” Deep sungguh kata-kata Aidil ni. Kita yang dengar ni pun terharu.. ” – Netizen
Perkongsian MUA Bellaz Mengenai Gelagat Anak Keduanya, Aidil Mikhail Yang Balik Dari Berniaga Buat Ramai Tersentuh. Bagusnya Pemikiran Anak Bellaz Ni. Terharu Bellaz Dengar Kata-Kata Aidil Tu. Sejuk Perut Mak Mengandung Hang, Aidil !!
MUA Bellaz antara juru solek yang popular dan selalu mendapat perhatian warganet. Tidak hanya kerana video makeup Bellaz tetapi juga kerana video Bellaz bersama anak-anaknya yang riuh dan kepoh setiap hari menjalani kehidupan harian mereka.
Selain Wara, abangnya Aidil juga antara yang menjadi sebutan suatu ketika dahulu. Aidil berkulit putih dan mempunyai rupa paras yang handsome. Ketika kecil dahulu, Aidil juga tersangat lah comel dan digelar baby dianz oleh pengikut-pengikut Bellaz.
Meninjau entry terbaru Mua Bellaz di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Aidil yang baru pulang ke rumah. Kelihatan Aidil membawa sebiji bakul bersamanya. Ketika ditanya oleh Bellaz, Aidil memberitahu dia pergi berniaga.

Kecil-kecil lagi sudah memikirkan tanggungjawab Aidil ini. Terharu juga lah Bellaz apabila Aidil mengatakan dia mencari duit untuk beri kepada mak ayah. Kata-kata Aidil yang mengatakan anak pun kena memberikan duit kepada mak ayah tu memang win. Sejuk perut mak hang mengandung Aidil oii.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 24 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ya Allah baguihnyaaa, kita yg dengaq ni pun terharuu. Kecik kecik dah pandai pikiaq kedepan dah.. ”
” betoii terhru laa kata terkjut jugak dia ckp lagutu ..bguih laa kata mak dgq ni srnokk.. kecik kecik dah pandai pikiaq tanggungjwab, sejuk perut ibu mengandung.. ”
” mak hg kata ja melawak gutu, malam satgi nak lena dia tengok balik video ni dia qeyau sorang-sorang.. ”
” Sejuk perut mengandungkan Aidil…muka pun sejuk mata mandang.. Pandai dia kecik2 dah pandai niaga mcm mama dia.. ”
” Cari duit.. kesian kat mama abah.. baguihnyaaa aidil.. dia nampak perih mama babah kerja tuh.. ”
” Ihh lah sejuk perut mak ngandung hg aidil.. nangis sambil Senyum kak dengar hang ckp aidil uiiii… moga soleh musleh musolleh duhai anak.. ”
” Deep sungguh kata-kata Aidil ni. Terharu dengar ayat lagu tu.. Lembut je Aidil cakap.. dah le handsome, anak yang baik pulak tu.. ”
Boleh terharu hati mendengar anak bercakap seperti ini. Baru 7 tahun sudah tahu hendak membalas jasa mak ayah yang bersusah payah mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak. Anak yang hebat lah Aidil, semoga terus menjadi anak yang baik dan soleh untuk kedua ibu bapa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Muabellaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Apa yang kita nampak di Parlimen, itu bukan dia.. ” – Shaheizy Sam



