Artis / Selebriti
” Deep sangat Erra teresak macam tu. Dengan aku sekali menangis.. ” – Netizen
Video Throwback Erra Fazira Kongsi Kisah Sedih Apabila Terpaksa Berpisah Dengan Anak. Tangisan Erra Dan Ayat Meletakkan Kesalahan Pada Diri Sendiri Buat Ramai Tersentuh. Terpendam Seribu Kepedihan !!
Kehidupan bahagia yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Suka duka seorang wanita bergelar Fazira Wan Chik atau lebih dikenali sebagai Erra Fazira ini boleh membuatkan sesiapa yang mendengarnya menangis dan turut merasai kesakitan yang ditanggung oleh Erra.
Meninjau akaun Facebook Erra Fazira, telah dikongsikan satu video throwback ketika Erra menjadi tetamu bagi sebuah rancangan wawancara bersama Amin Idris dan Ustaz Ebit Lew. Banyak yang dirungkai dalam episod ini dan salah satunya menyentuh mengenai penerimaan Erra setelah bercerai.
Jika sebelum ini warganet tidak pernah melihat Erra menangis, tetapi tidak kali itu. Bercerita mengenai anaknya Engku Aleesya, air mata Erra tidak mampu ditahan. Kata Erra, selalunya hak jagaan anak akan dapat kepada ibu, tetapi dia ada sebabnya tersendiri untuk beralah.
Sambil suara teresak menahan tangisan, Erra menyifatkan dia tidak mahu berbalah dan yang terbaik adalah dia beralah. Bukan mudah untuk menghadapi segala dugaan berpisah dengan anak, tetapi Erra menegaskan seandainya semua kesalahan itu harus jatuh ke bahunya, dia sedia menerima.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 38 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aku menangis dengar esakkan dia.. dia xpernah perkatakan dan luah ape2 tentang permasalahan rmh tangga dia dl. dia selalu tunjuk diri dia ceria happy.. nangis pun dia still nak cover.. ”
” Erra ni pndai mngatur bicara jaga rhsia rmhtgga. Seorng wanita yg brsabar pendam perasaan dgn esakan tangisan. trsntuh hati wanita ini.. esakkan dgn muka yg tenang tu buat aq berambuq ayaq mataaa.. ”
” Kenape aku yg terasa.. ya Allah.. kuatkn hambax mu yg x brnasib baik.. ya Allah.. mmg respek sgt erra ni… 2x dia cerai pun x pernah canang 1 dunia hal rmhtgga dia… sebakk dengar dia tahan nangis dia.. ”
” Dari dulu sy sngt respect Erra ni… dia x pernah cite buruk sesiapa.. dia bukan saja cantik rupa tapi cantik hati.. Sedih sgt dgr Erra tahan2 nanges pedih dia sampi sini.. ”
” Dia punya esakkan tu. Memang org yg betul2 terluka then pendam je akan faham. Sedih sgt erra nie, dri dia kecik smpai skrg. Jln cerita hidup yg sgt sedih. sedih mdgr esak tngis erra, seolah2 mluahkn isi hti yg plg dlm yg trpndam.. ”
” The real primadona, bukan hanya memiliki wajah yang cantij tapi hatinya juga sangat baik. ulang2 Aku tgk.. nmpk keikhlasan erra demi satu kebahagiaan.. ”
” Lama betul pendaman tu.. esakkan tu deep betul. Dia teresak esak tu auto aku yg nangis. Terbaik cara Erra biar dia mengalah asalkan tak bergaduh2, berebut2.. ”
” Deep sgt erra teresak mcm tu. dengan aku2 ngis.. dia suka damai walaupun sgt sakit tp dia telan asalkn tk berbalah.. Love u kak era.. mmg bnyk kali tngok part ni mmg sedih sgt. dgr esakan tangisan suara erra mmg deep sgt. sedih.. ”
Orang luar hanya dapat melihat segala kesedihan Erra tetapi wanita ini yang menanggung segala kepedihan sendiri. Kini kehidupan Erra semakin tenang dan bahagia, Aleesya juga banyak bersama Erra dan yang penting, impian Erra untuk Aleesya bahagia tercapai.
Silakan SHARE..
Sumber : Facebook Erra Fazira, Tiktok fasha_ariana_official, IG Erra Fazira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen