Artis / Selebriti
” Dari tak bercakap langsung, tak pandai dengar arahan, tak faham, sekarang Alhamdulillah.. ” – Shila Amzah

Shila Amzah Kongsi Video Gelagat Anaknya, Seth Uwais Yang Excited Pada Hari Pertama Persekolahan Cur1 Perhatian Warganet. Wah Makin Petah Lah Seth Bercakap. Comel Dengar Seth Cakap, Ada Slang !!
Shila Amzah pernah berkongsi perihal anaknya, Seth Uwais yang menghadapi masalah kelewatan dalam percakapan atau disebut speech delay. Tidak berputus asa, Shila banyak membantu Seth dalam mengatasi masalah ini dan Ubai juga antara yang banyak membantu Shila.
Masa berlalu dan Seth bakal berusia 5 tahun pada bulan Ogos akan datang. Menerusi entry terbaru Shila di akaun Instagram miliknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan telatah Seth yang begitu teruja untuk ke sekolah. Hari ini merupakan hari pertama persekolahan Seth.
Sejak dari rumah lagi, Seth begitu bersemangat untuk ke sekolah. Biasanya kanak-kanak pada hari pertama persekolahan pasti ada drama air mata tetapi berbeza dengan Seth. Cerita Shila, Seth terlalu teruja sehinggakan berlari-lari ketika masuk ke kelas.
Shila sendiri seperti ibu yang lain, sebak itu pasti melihat anak pertama kali ke sekolah. Shila turut meluahkan rasa syukurnya kerana Seth yang dahulu langsung tidak boleh bercakap dan memahami arahan, kini sudah semakin petah dalam percakapannya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Shila ini sehingga kini telah pun meraih hampir 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Have Fun Seth.. Mama papa steady tahan airmata.. Semoga Seth Uwais berjaya duniawi dan ukhrawi.. ”
” Happy schooling and have fun Seth.. Mama Sha dun kerai hokay.. moga terang hati seth belajar.. ”
” Comelnya semangat nak ke sekolah.. Yayy Seth dan besar, dah banyak perkembangan dan perubahan.. suka tengok gelagat Seth.. behave sangat dia.. ”
” Uwais dah big boy now. Alhamdulillah banyak perubahan dekat Uwais. Gitu je dia nasihat ank dia haha.. ”
” Alhamdulillah seth dapat papa yang baik.. Bismillah moga dipermudahkn menuntut ilmu dan sentiasa dlm perlindungan Allah Swt ankanda shahilaamzah ShaUbai Aamiin3 AllahummaAamiin.. ”
” Cute tengok gelagat Seth ni.. bukan main seronok dia nak sekolah.. suka dengar Seth cakap tu. bm campur english dua-dua bagus.. ”
” Apa comel sangat ni Seth.. Seth nanti dekat school tanya friends suka dinasour jugak takkk.. Celoteh dia sedap dengar.. yakin je sebut Seth ye walau pun tak betul haha.. confident Seth ni.. ”
Alhamdulillah Seth yang sekarang bukan lagi seperti Seth yang dahulu. Usaha Shila untuk Seth membuahkan hasil dan lihatlah sekarang, Seth sudah pandai bercakap dan sangat petah. Semoga Seth terus bersemangat untuk ke sekolah dan menjadi anak yang bijak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shila Amzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ooo ini orangnya, handsome. Nasib baik dia tolak, kalau tak, tiada lah BASS.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Selamat pengantin baru Aazief. Terharu tengok Bonda melepaskan anak.. ” – Komen Netizen