Connect with us

Artis / Selebriti

” Dalam keluarga, selalu orang komen tak tegur ke adik beradik.. ” – Haris Ismail

Seringkali dikecam warganet mengenai adik beradik ipar tidak menutup aurat, video penjelasan Haris Ismail ketika ditanya mengenai isu ini dalam satu podcast raih perhatian ramai. Betul cakap Haris tu..

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Amin Idris, telah dikongsikan sedutan video suami Neelofa, Haris Ismail atau popular dengan gelaran PU Riz hadir sebagai tetamu di podcast Amin. Banyak yang dibicarakan oleh Amin dan PU Riz antaranya mengenai kecaman warganet terhadap PU Riz.

Amin bertanyakan kepada PU Riz mengenai dakwaan mengatakan PU Riz tidak menegur adik beradik iparnya mengenai tuntutan untuk menutup aurat. PU Riz tidak mudah melatah dan memberikan penerangan yang mampu difahami oleh semua dengan bahasa yang mudah.

Kata PU Riz, sebagai ahli keluarga dia sentiasa menegur, namun tegurannya tidak secara kasar dan tidak juga ditunjukkan kepada umum sebagai content. Dakwah PU Riz secara halus demi untuk menjaga hati adik beradik iparnya. Setiap teguran PU Riz sentiasa beringat untuk sentiasa menjaga tutur kata.

Apa-apa yang salah tidak akan dibiarkan, namun perlu ada caranya yang betul serta tidak senonong-nonongnya mengambil tindakan. Tambah PU Riz lagi, sekiranya teguran itu dilakukan dengan keadaan diri dalam kemarahan tidak akan membawa apa-apa kebaikan dan perubahan kepada orang yang ditegur.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Betul kalau menegur biarlah berhemah bukan di tegur di khalayak ramai sehingga orang lain pun sama sama menegur sehingga megaibkan individu terbabit yg dah tersepit dan tak berdaya.. islam itu berhalus menegur sampai orang tu sendiri terasa segan bukan terasa marah.. “

” Benar dakwah terbaik cara Nabi SAW penuh hikmah & kasih sayang, malam hari nangis2 doakan dalam tahajud. Hidayat itu milik Allah. Pandang semua org dgn kebaikan, siapa tahu dia berubah lebih baik asbab doa doa kita.. “

” Takkan lah dia tegur sambil nak serkup tudung atas kepala orang tu,nurtizenn punnn.. ust haris ni sejenis menjaga tutur kata, menegur cara yg dia rasa terbaik. Tak perlu judge orang. Hati2 dalam bercakap.. “

” Iman tak dapat diwaeisi dr seorg ayah yg bertakwa..inikan pula ssorg abg ipar. kemas jawapan riz.. suka dengar.. teratur je.. “

” Suka penjelasan PU Riz ni.. matang sangat penjelasan dia.. sampai mat1 tegur pun kalau tak nak berubah apa kita boleh buat. berdoalah kepada Allah.. “

” Terbaik… semoga menjadi ispirasi pd org di luar… mmg betul x boleh tegur marah2 walaupun ahli kluarga sndiri. Teruskan berkelakuan baik dan berdoa moga2 terbuka hatinya. Hati mereka Allah yg pegang.. “

” Terbaik penjelasan PU Riz.. betul kata dia tak perlu nak canang satu dunia kalau dia tegur so nitizen jgn la kecam org terllalu cepat . Nak tegur dan nasihat kena ada hikmah bukan hentam kromo je.. “

Penjelasan yang mungkin boleh meredakan dan menjawab semua persoalan warganet mengenai tanggungjawab PU Riz sebagai seorang ustaz dalam keluarga mertua. Tugasnya hanya mampu menasihati dan selebihnya berserah kepada Allah kerana hanya Allah yang memegang hati makhluknya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amin Idris

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT