Connect with us

Artis / Selebriti

” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen

Video Hadie Elfardie dan Oddah mengalunkan Zikir Hasbi Rabbi bersama-sama raih perhatian ramai. Sedapnya gandingan suara Hadie dan Oddah berzikir. Cantik sangat Oddah berhijab, sejuk mata memandang.. 

Hadie Elfardie terus mengorak langkah membina namanya dalam dunia seni tanahair. Tidak hanya memenuhi jemputan nyanyian, Hadie juga dilantik sebagai duta Babypian yang diasaskan oleh Sufian Suhaimi. Kolaborasi Hadie x Babypian mendapat sambutan yang hangat daripada warganet.

Bersempena live kedua Hadie bersama Babypian, rakan baiknya, Oddah dijemput sebagai host jemputan bersama Hadie. Dua sahabat ini sememangnya rapat sejak menyertai program Talk To My Manager (TTMM) dan mereka digelar oleh peminat TTMM dengan gelaran Oddie.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok dan Instagram Babypian HQ, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan sedutan live tersebut. Memandangkan produk yang dijual oleh mereka adalah bantal yang mengandungi alunan doa dan zikir, Hadie dan Oddah turut memperdengarkan zikir secara live.

Zikir Hasbi Rabbi dialunkan dengan cukup merdu dan indah oleh Hadie dan Oddah. Suara pasangan ini dipuji oleh warganet. Oddah yang tampil anggun dalam busana baju kurung pink turut memakai tudung yang sedondon warnanya. Manis sungguh Oddah berhijab dan ianya menyenangkan hati warganet melihat Oddah seperti ini.

Jom tonton video di bawah :

@babypianhq

Sayu je hati dengar diorg berzikir. Odda masih belajar zikir jadi maaf lah ya kalau ada kekurangan 🥹

♬ Piano, sad, touching, majestic, nature, movie – arachang

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

”  Berteman dng orang baik2.. InshaaAllah jadi yg baik2 saja.. Alhamdulilah moga yg baik2 jew utk kesayangan berdua nie aminnn.. “

” Oddah ni mmg anak artis.. Tp sungguh dia budak yg baik.. Let her happy and learn more.. Asbab bkawan dgn org yg pndai agama ada hikmahnya Allah temukn mreka dlm Ttmm dlu.. “

” Odda ni Anak yang baik.. Cantik Dan sejuk tgk dia pakai tudong.. Syukur bertemu dgn Hardie yg ada Asas Agama..sayang kedua2 nya.. “

” Dakwah yang sgt sweet.. Moge odda istiqamah ye tutup aurat.. Suke tgk odda pki tudung.. Makin cantekk.. maniss nyer Ooda… ikhlas sungguh anak2 ni… saya plk yg sayu.. “

” Oddah dan hadie. Suka tengok dorang dalam live tadi. Oddah manis betul bertudung. teruskan oddah perlahan² .. indahnya Islam bila mendalami dan mensyukuri kebesaran Allah.. “

” MasyaAllah hadi dan odah dgn zikir yg menyentuh perasaan. mesti kak rara happy ni, sejuk perut.. tenang time nie.. terbaik.. “

” Alhamdulillah.. begitulah mudahnya berbuat baik dan mendapat pahala.. suka tengok odda.. sejuk je.. happy tengok oddie ni.. “

Alhamdulillah circle yang baik untuk Oddah apabila bersahabat baik  dengan Hadie. Ramai yang memuji penampilan Oddah berhijab yang tampak ayu. Semoga yang baik-baik sahaja untuk Hadie dan Oddah dan dimurahkan rezeki selalu hendaknya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Babypian HQ, Tiktok Babypian HQ

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

The Originote Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak