Artis / Selebriti
” Dah besar anak Lana, sweet moments guide daddynya.. ” – Komen Netizen

Video Lana Nodin merakam senyap-senyap anak sulungnya, Gia Quinn mengajar suaminya, David Mckenzie bacaan dalam solat raih perhatian ramai. Wah pandainya Gia ajar daddy, garang juga Ustazah Gia ni. Part last tu, Lana kantoi tengah rekod video dengan Gia, haha..
Meninjau ke Instagram Lana Nodin, perkongsian sebuah video yang memaparkan anak perempuannya iaitu Gia Quinn mengajar bapanya, David Mckenzie tentang bacaan dalam solat telah meraih perhatian ramai. Wah, pandainya Gia mengajar daddy.
Untuk rekod, Suami Lana merupakan seorang mualaf yang berasal dari Amerika Syarikat. Walaupun sudah lama mendirikan rumahtangga, Lana masih terus menerus membimbing suaminya mendalami agama Islam. Lana sering berkongsi hal ini di akaun media sosial miliknya.
Kali ini Gia pula sudah pandai mengajar serba sedikit tentang agama Islam. Pastinya ilmu agama yang dipelajari oleh Gia di sekolah diterapkan pula kepada bapanya. Dalam masa yang sama, Gia boleh mengingati apa yang dipelajarinya dan mengulangkaji.
Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Lana merakamkan video itu secara senyap-senyap, namun di akhir video dapat dilihat Gia menyedari dirinya sedang dirakamkan.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap suami Lana yang selalu mendalami ilmu agama islam. Antara komen-komen yang diberikan :
” Alhamduillah.. yr husbd ikhlas nak belajar.. cal ustaz sis suruh tunjuk ajar kn yr husbd.. takut2 si kakak tak sabar tertinggi suara dgn daddy nya…, maaf yea klau saya tersalah.. “
” Seronok nya tgk fmly ni, semoga bhgia selalu smpai ke syurga.. This is the modest way bonding father n daughter. And ada inisiatif di situ utk sama sama belajar.. “
” Alhamdulillah Lana. Kita bukan setakat doa je, kena ikhtiar, usaha dan akhir sekali tawakkal kepada allah semoga apa yg kita lakukan ada ganjarannya. Slowly bit surely.. “
” Garang cikgu gia nyaa.. slow2 ajar daddy dear.. hugs.. Kita sama lana. Umpama kita yang ketua keluarga. Kdg2 rasa down juga bila kita pun sndiri ke laut.. “
” Harap Allah kuatkan hati kita dalam mendidik mualaf suami kita sndiri. Semoga hidayah sentiasa utk nya sis.. Aamiin.. Blh dapatkan bimbingan ustaz, thru online pun ok..”
” Moga jumpa pembimbing yg baik. Nampak sgt effortnya tu. MasyaAllah… the most beautiful view n feeling on earth as a mom kan… insyaAllah till jannah.. “
” At least dia sungguh2 nak belajar Allahu hopefully AllahAzzaWajalla ease everything for him & you the entire family.. dh besar anak Lana, sweet moments guide daddynya.. “
Mendalami ilmu agama ini sebenarnya tidak mengira usia. Bukan sahaja untuk saudara baru sahaja tetapi untuk seluruh umat Islam. Seronok melihat Lana dan keluarga. Semoga keluarga ini sentiasa bahagia dan dilimpahi dengan rahmat Allah SWT. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Lana Nodin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Matured answers, transparent dan telus. Budak ni luar biasa, beradab macam Tokti dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bagus Mira ni takde nak overshadow. Dia buat the best untuk anak Fattah. Auntie Mira sweet.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tergelak time Hadie tunjuk gambar tu. Dato’ AC duk bahan dia, sekali dia bahan Dato’ AC balik, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Manja eh Ernie ni, siap pak dengan mak sedara panggil panggilan macam tu, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sampai ke hati weh dengar suara Hadie tanpa muzik ni. Lagi tangkap sayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Clumsynya Amira, 10 kali ulang tetap berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sebab Thalita ? Adil kah untuk yang lain ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Allahuakbar kesiannya, sakitnya hati dengar. Sampai macam tu kena buli.. ” – Komen Netizen