Artis / Selebriti
” Dah bengkak area tu, Allahu. Walaupun diduga dengan dugaan sebesar ni, tetap sopan je tutur kata anak Amyza.. ” – Komen Netizen
Video Amyza Aznan menunjukkan kesan kanser tulang yang menyerang anak keduanya, Adrian Adam raih simpati ramai. Kesiannya tengok Adrian, tapi Adrian tetap tersenyum dan nampak tenang..
Sekitar pada bulan Februari yang lalu, Amyza Aznan ada berkongsi satu berita duka apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang. Satu demi satu dugaan untuk Amyza dan kini, Adrian sedang mengalami kesan daripada penyakitnya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Nazz_3010, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amyza berkongsi keadaan terkini Adrian. Kata Amyza, penyakit Adrian mula disedari apabila kakinya mengalami bengkak dan cara jalannya berubah.
Setelah pemeriksaan, hasilnya mengesahkan Adrian kanser tulang. Diajukan soalan mengenai kaedah perubatan dan rawatan yang sedang Adrian jalankan sekarang, Amyza memberitahu mereka masih mencari hospital yang sesuai dan mampu mengubati penyakit Adrian.

Adrian yang berhasrat untuk menyambung pengajiannya terpaksa menangguhkan dahulu impiannya kerana penyakitnya itu. Lembut sahaja tutur kata Adrian dan ketenangannya itu membuatkan warganet kagum. Anak muda terpilih yang Allah uji tetapi tetap redha dengan ketentuan Allah.
Jom tonton video di bawah (tonton video penuh di hujung artikel) :
@nazz_3010 Semoga dipermudahkan segala urusan Kak @AMYZAAZNAN.1 sekeluarga. Semoga adrian cepat sembuh total dgn berkat bulan Ramadan Kareem ini, Aaminn2 Ya Rabbal Alamiin 🤲🏻 #syafakallah #adrianadam #amyzaaznan #fyppppppppppppppppppppppp video credit : mstar online
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ujian berat untuk mak ayah melihat anak-anaknya sakit.. sungguh kuat ibu ni menanggungnya.. tiada nasihat tak sebanding dengan apa yang ditempuhnya.. didoakan semoga Allah permudahkan segalanya buat amyza sekeluarga.. “
” Berat mata memandang berat bahu yg memikul. Da bengkak area tu. Allahu.. walaupun diduga dengan dugaan sebesar ni, tetap sopan je tutur kata anak Amyza.. “
” Ya Allah.. beri syifa bt Adrian.. angkat la segala kesakitannya.. mudahkan urusan rawatannya dan mudahkan segala urusan keluarganya.. in sha Allah.. aamiin yra.. “
” Kita tak kuat nak tgk Amyza & Adrian. Semuga di berikan kesembuhan buat Adrian. Ya allah..hilangkan segala kesakitan buat nye..sembuh kan dia.. “
” Sebagai ibu, x mampu nk tgok wajah amyza ni.. sedih sgt.. Allah nak angkat darjat seorang ibu. semoga kak amyzaaznankaaia tabah dan terus redha dgn ujianNya ni.. “
” Orang beriman di uji dgn apa yang mereka tak sangkakan… ALLAH SAYANG.. Harap dia jangan give up.. Semoga diberikan kekuatan tenaga dan cepat kesembuhan. In shaa Allah.. “
” Sejuk hati dengar Adrian bercakap, cukup tenang walaupun dia pun menderita sakit. Kuatnya Adrian, sekuat dan seteguh Amyza. Semoga Adrian sembuh dari sakit ini.. “

Berat sungguh dugaan yang perlu Amyza lalui, apatah lagi ianya melibatkan nyawa anak-anak. Sama-sama kita mendoakan agar Adrian boleh sembuh daripada sakitnya ini dan dapat menjalani kehidupan normal seperti dahulu. Moga ada doa yang diangkat olehNya pada bulan yang berkah ini.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok nazz_3010, Youtube Channel Mstar Online
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila tak sempat ikut resepi, tapi sempat ikut menari je.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam tu je dia puji orang lain depan mak dia. Memang terlebih jujur Rina ni.. ” – Komen Netizen

