Artis / Selebriti
” Dah agak dah mesti banyak gelak. Pecah perut gelak tengok blooper ni.. ” – Komen Netizen
Video bloopers Bell Ngasri dan Una sepanjang penggambaran drama pendek Pak Mat Western buat warganet terhibur. Tengok video asal tu bukan main sedih lagi. Rupanya sama naik Una dan Bell, lawak lah, haha..
Gandingan Bell Ngasri dan Una dalam drama pendek Pak Mat Western baru-baru ini meraih pujian ramai. Bukan selalu warganet dapat melihat Bell berlakon watak serius dan lakonannya kali ini meruntun hati penonton. Menangis penonton melihat lakonan Bell dalam drama pendek itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Pak Mat Western Cafe, telah dikongsikan satu video yang memaparkan babak bloopers Bell dan Una. Sesuai dengan tittle pelawak, Bell menceriakan suasana dengan lawak jenaka spontannya itu. Susah juga untuk berlakon serius kerana sisi lawak Bell itu tidak hilang.
Setiap babak antara Bell dan Una pasti ada sahaja yang mencuit hati Bell lakukan. Una juga boleh tahan kelakarnya dan melayan sahaja lawak Bell itu. Ramai yang terhibur menonton videobloopers ini. Sememangnya ramai yang menjangkakan di sebalik tabir iklan ini pasti mencuit hati.

Warganet juga memuji lakonan Bell dan Una. Sepanjang Pak Mat Western membuat drama iklan, gandingan Bell dan Una ini yang dirasakan paling sesuai. Una ada bakat berlakon dan warganet seronok melihat chemistry antara Bell dan Una.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Comel lah Una.. rasa macam nak ambik dia jadi orang gaji je haha.. Bell bakat memang hebat.. “
” Mustahil tak gelak besar kalau dengan Bell ni.. Baru 1 patah je dia sebut dah gelak besar semua.. haha.. “
” Dah agak dah mesti banyak gelak.. pecah perut gelak tengok blooper ni.. dan dan eh bell temankan abang.. “
” Dah agak dah kalau Bell gelak tak benti laaa… ada pulak Una haaahaaa .. ngam betul una dengan bell.. best tengok.. “
” Duo ni ngam sangat ni pakmat oiii.. bell kau tak pernah tak kelakar.. Shooting dengan bell mmg pecah kepala pecah perut… Ada je benda dia nak ngusik dgn ayat menyakat dia lagi.. “
” Ah sudah.. kalau ada abng bell.. memang lama nak ambik waktu shooting.. comel je semua time blooper.. “
” Berapa kali take la ni nak siap ke 5 minit video pendek.. 15 jam shooting kot haha.. BTS pun dah penat haha.. Una jadi ultraman pulak.. “
Pastinya dari awal sehingga ke akhir shooting gamat dengan ketawa di set penggambaran melayan jenaka Bell itu. Entah berapa lama lah masa yang diambil untuk menyiapkan drama pendek ini. Yang ditayangkan cuma mengambil masa 5 minit sahaja tetapi tempoh shootingnya hanya team Pak Mat Western yang tahu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Pakmatwesterncafe
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen

