Connect with us

Artis / Selebriti

” Cuak member, haha. Hebat la hang, baik punya counter.. ” – Netizen

Video Pak Azad Menyahut Cabaran Misi Pinjam RM100 Dengan PMX, Datuk Seri Anuar Ibrahim. Mula-Mula Bukan Main Cuak, Berani Juga Pak Azad Ni. Tak Selindung Langsung, Direct To The Point. Sekali Pak Azad Coverline, Lain Terus Jadinya. Haha !!

Geng Pagi Era Nabil Ahmad, Radin dan Pak Azad membuat satu cabaran iaitu setiap orang perlu meminjam duit RM100 daripada selebriti atau figura yang ditentukan. Radin gagal untuk meminjam daripada Dato’ Awie walaupun sudah cantik ayat yang disusun untuk ‘mengayat’ Dato’ Awie.

Nabil pula secara spontan menyanyi untuk Dato’ Ramli MS ketika sedang live dalam program All Stars Gegar Vaganza beberapa hari lepas dengan lirik ‘ Pinjam seratus Nurnilam Ramli ‘ dan ia mengundang ketawa penonton. Kini giliran Pak Azad pula menyahut cabaran untuk meminjam RM100 daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anuar Ibrahim.

Pada awalnya, Pak Azad kelihatan begitu berdebar-debar dan cuak sekali. Sebelum bertemu PMX, Pak Azad praktis untuk meminjam duit dengan beberap orang yang ditemuinya. Setelah beberapa jam menunggu, Pak Azad berpeluang bertemu PMX dan tanpa selindung Pak Azad terus memperkenalkan diri dan mengatakan ingin meminjam RM100.

PMX juga laju menyelok poketnya dan memberitahu tiada wang cash. Mengambil kesempatan, Pak Azad memperbetulkan ayatnya dan mengatakan kepada PMX untuk meminta 100 kata-kata semangat. Amboi pandai sungguh Pak Azada coverline, yang penting ayat hendak meminjam duit RM100 telah pun diucapkan.

Jom tonton video di bawah :

Video Pak Azad sebelum ini :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 21 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Sus4h nak tengok Pak Azad cuak tapi counter tu memang terbaik. Haha.. 1st time tengok mukan PAk Azad merah chaaa.. ”

” Haha 100 kata-kata semangat ek. Cuak member haha.. hebat la hang, baik punya counter.. taada seratus, yang ada tatakelola haha.. ”

” Cover baik punya, azad ni talented tau haha.. ok dah lega hang Pak Azad, sampai sini rasa ketaq tu hehe.. ”

” Haha PMX dah pegang poket. Udah jadi 100 kata-kata semangat pulak.. baik punya counter Pak Azad, cover baik punya.. ”

” Kalau ckp pinjam duit 100 mmg kena angkut dgn security dah. pmx dh tau dh, sbb ramai tag pmx kat ig era sebelum ni.. ”

” Rehearsal lain, jumpa depan-depan jadi lain haha. Macam cerita P.Ramlee.. pucat ek muka Pak Azad.. ”

” Haha lain nak mintak, lain dicakap ni.. first time tngok pak azad auto jd putih pucat. apa2 pon good job ya auto coner soalan ya.. ”

” Baik punya konar pak azad, terus tukar ayat eh haha.. tak dapat pinkam seratus, dapat seratus kata-kata semangat haha.. ”

Siapa tidak gemurah apabila berada dalam situasi Pak Azad itu. Dengan ramai wartawan yang berada di situ, sampai pucat muka dan menggigil tangan Pak Azad dibuatnya. Apa-apa pun, cubaan yang baik daripada Pak Azad. Misi berjaya dengan 100 kata-kata semangat yang berharga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT