Connect with us

Artis / Selebriti

” Crush dari cerita Sweet Dream saya dah kahwin, tahniah Sean Lee.. ” – Komen Netizen

Sean Lee Kongsi Gambar Kahwin Bersama Suri Hatinya, Bay Doucet. Wah Takde Angin Takde Ribut, Tiba-Tiba Muncul Gambar Kahwin. Tahniah Sean, Cantiknya Isteri, Model Rupanya !!

Sebut sahaja nama Sean Lee, pastinya warganet akan terbayangkan pelakon dan pengacara yang fasih berbahasa Melayu ini. Sean banyak membintangi drama Melayu dan Sean juga antara pelakon bukan Melayu yang mempunyai ramai peminat.

Meninjau entry terbaru Sean di akaun Instagramnya, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang membuatkan warganet teruja. Tiada angin dan tiada ribut, Sean mengumumkan berita mengenai perkahwinannya dan kini sudah pun bergelar suami kepada model cantik yang bernama Bay Doucet.

Dalam perkongsian Sean ini juga, Sean memperlihatkan dirinya bersama Bay memakai busana pengantin berwarna putih. Warganet juga dapat melihat gambar cenderamata yang tertulis perkataan ‘ Just Married ‘ dan turut ada nama Sean dan isteri di atasnya.

Berita ini disambut dengan baik oleh para peminat Sean dan ramai yang mendoakan agar Sean berbahagia bersama isteri tersayang. Pandai betul Sean menyimpan rahsia. Dalam kesibukannya bekerja, sempat Sean menguruskan majlis istimewanya itu. Tahu-tahu sahaja sudah ‘just married’. 

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 50 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Awwwwww congrats lovebirds.. omaigodddd, so happy for both of youuuu.. So so happy like finally.. Comelnyer wife dia.. “

” Congratulations Sean & wife.. SEAN & BAYYY congrats.. so happy for you twooo.. Alololo so comel both of u.. lahh tetiberrr btw congratulations so cuteee.. “

” Awww so cute.. Congratulations Sean & wifey.. So cuteeeee damn.. tahniah my crushh.. btw muka wife dia ade iras tyaarifinnw laa.. “

” Wahhhh.. Congratulationnnnn.. Happy newly wed seannn and wifeyyy.. Awwww crush since 2015 dah kawen.. Congrats Sean.. “

” Yaaaay after soooo looking I’ve waited for you to ‘loading’ Bay. Please love her unconditionally, I’m her fan.. “

” Crush dari cerita sweet dream saya dah kawen.. tahniah sean.. Ni real ke mv je ? Congrats guys.. Oppa dah kawen.. “

” Wey lama dh tak tgok, tiberh kawen dhh. Last tgok masa sweet dreams.. Congratulations Sean & wifey.. “

Agaknya mesti ramai yang frust apabila melihat gambar-gambar bahagia Sean dan isterinya itu. Sean memang betul-betul membuat kejutan untuk semua. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Sean atas perkahwinannya ini dan semoga ikatan perkahwinan itu berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..

Sumber :  IG Sean Lee, Portal Mstar Online 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT