Artis / Selebriti
” Comelnya Rina, rajin pula ke masjid.. ” – Komen Netizen

Video anak Maryam You Narae, Rina ingin mengikut ayahnya, Ryzal Ibrahim solat di masjid raih perhatian ramai. Wah bagusnya Rina, kecil-kecil lagi nak ikut Appa solat di Masjid. Part last tu Rina marah tak bagi rakam, rupanya ada sebab..
Meninjau ke akaun Instagram Duriankimchi, perkongsian sebuah video yang memaparkan anak Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim iaitu Rina sedang bersiap untuk pergi ke masjid telah meraih perhatian ramai. Rina ingin mengikut bapanya bersolat di masjid.
Rina dipakaikan sepasang jubah abaya berwarna hitam dan juga tudung. Comel sangat penampilan Rina sebegini. Sebelum pergi, Ryzal bertanya terlebih dahulu sama ada Rina sudah mengambil wudhuk atau tidak. Rina menyatakan dia sudah mengambil wudhuk.
Ketika dalam perjalanan ke masjid pelbagai perkara dibualkan oleh Rina. Tidak diam mulut Rina dengan pelbagai celotehnya. Di akhir video dilihat Rina mula bersikap moody dan meminta bapanya menutup kamera. Rupa-rupanya Rina sudah mengantuk.
Perkongsian video ini telah menerima lebih tujuh ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai memuji sikap Rina yang sudah rajin untuk menunaikan solat di masjid walaupun masih kecil. Terbaik hasil didikan Ryzal dan Maryam buat anak mereka.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap Rina yang rajin ikut ke masjid. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Comel rina. Mana nak beli anak tudung mcm rina pakai tu.. Masyaallah anak bijak & solehah rina ni, no camera please.. “
” Alhamdulillah, bagus bimbing isteri dan anak2. Semuga menjadi penghuni syurga satu keluarga. Jarang tgok mak2 pkaikan Ank tudung dr blakang .. “
” Cantik. Comel, cute aaa semua la Rina.. Masya Allah comellllll nye Rina..tpi Rina bt aunty gelak..borak² last².. cantiknya rina.. “
” MasyaAllah…comelnya. Rajin pula ke masjid . Alhamdulillah. Bagus biasakn anak ke masjid.. Tak bagi on camera sbb dah ngantuk rupanya anak solehah.. “
” Alhamdulillah Ryzal berjaya didik Maryam jd seorang Islam yg baik, dan Maryam menjadi contoh yg baik utk Rina.. “
” Suka tgk keluarga ni. Rizal berjaya didik isteri dia bertudung n menjadi islam sejatu.. Rizal versi gegerl comel rina.. Love rina.. “
” MasyaaAllah…semoga sentiasa menjadi anak yg solehah Rina.. Comelnyaaaa … mama & papa yg hebat buat rina .. Cantiknya Rina, tambah² dah nak jadi kakak.. “
Bak kata pepatah melentur buluh biar daripada rebungnya. Sangat bagus mendidik Rina sejak dari kecil untuk cintakan agamanya. Semoga Rina membesar menjadi seorang anak yang baik dan solehah serta berjaya dalam kehidupannya di dunia dan di akhirat. amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Duriankimchi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Matured answers, transparent dan telus. Budak ni luar biasa, beradab macam Tokti dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Clumsynya Amira, 10 kali ulang tetap berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sebab Thalita ? Adil kah untuk yang lain ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Mantap manager, pandai plot twist. Ibu bagi lampu hijau tu Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila nak dapat baby ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Jujur betul pengakuan YB, takut pulak Bella. Takut makin banyak yang keluar daripada mulut YB, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Epic performance, balance suara feminine dan maskulin. Duet paling tenang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Macam tak percaya weh ni Hadie, nyanyi rap best gila. Tok Naz pun puji.. ” – Komen Netizen