Artis / Selebriti
” Comelnya last tu. Auchh MK junior coming soon.. ” – Komen Netizen
MK K-Clique Kongsi Penampilan Isterinya Yang Sedang Sarat Mengandung Menerusi Video Terbarunya. Wah Dah Besar Perut Hajaar, Dah Tak Boleh Sorok Lagi. Macam Dah Tak Lama Nak Bersalin, Tahniah MK Dan Hajaar !!
Perkahwinan antara penyanyi MK K-Clique dan Siti Hajaar pada 16 Jun tahun lalu meraih perhatian ramai. Selepas itu, Hajaar mula menjadi kesukaan ramai kerana wajahnya yang cantik dan sifatnya yang lemah lembut serta tidak kekok melayani peminat MK.
Meninjau entry terbaru MK di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan koleksi video perjalanan kehidupan MK sepanjang bergelar anak seni. Kenangan MK bersama sahabat seperjuangan, peminat dan ahli keluarganya dapat ditonton menerusi video ini.
Apa yang menjadi perhatian warganet adalah ketika babak MK mencium perut Hajaar pada penghujung video itu. MK turut sama menunjukkan baby bump Hajaar yang jelas menampakkan perutnya yang sudah sarat. Turut tertulis pada paparan video itu ayat berbunyi ‘ Indeed I am near ‘ terjemahan surat Al-Baqarah ayat 186.

Hajaar juga kelihatan memegang perutnya yang semakin membesar itu. Gambaran ini seakan mengiyakan khabar angin yang bertiup bulan lalu mengenai kehamilan Hajaar. Pastinya perkongsian ini menggembirakan warganet terutama sekali peminat-peminat MK.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah.. MK junior coming soon.. Mantap nya lagu dan lirik ni.. semoga selalu di permudahkan segala urusannya brother.. ”
” Happy birthday MK, kabul segala hajat.. Comel baby bump Haajar. Perutnya besar mcm baby kembar.. ”
” Beautiful song , masterpiece yang datang dari hati dan mata yang memerhati . Semoga berjaya dunia dan akhirat, mmat.. ”
” Deep lirik lagu ni.. Alhamdulillah semoga Allah mudahkan segala urusan bakal parents kesayangan kami ni .. ”
” Alhamdulillah Alhamdulillah Masha Allah.. Tahniah MK Junior is coming.. Waaa tazabarrr tunggu baby koranggg.. ”
” Aww mk hajar junior.. congrats MK & Aja, semoga sihat sihat senantiasa.. Alhamdulillah akhirnya.. semoga dipermudahkan segala urusan.. ”
” Comelnya last tu.. Auchh MK junior coming soon.. comelnya wei, masya Allah.. suka tengok raut wajah Hajar ni, bersahaja cantik semulajadi.. ”
” Wahhh alhamdulillah tahniah hairiwhuut dan hajaarsitii. semoga dipermudahkan urusan bersalin nya nnt .. tak sabar, bestnya baby twin.. ”

Pastinya ramai yang berbunga-bunga hati melihat penghujung video ini. Tak lama lagi, MK dan Hajaar bakal menimang cahayamata pertama mereka. Ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah baby MK dan Hajaar. Apa-apa pun, selamat hari lahir MK dan semoga segala urusan untuk Hajaar melahirkan nanti berjaya dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hairiwhuut
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti7 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti1 day ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen

