Connect with us

Artis / Selebriti

” Comelnya Fasha dan mantan suami. Muka Jejai redha kena rekod, haha.. ” – Netizen

Video Fasha Sandha Menyakat Mantan Suaminya, Jejai Yang Asyik Tapau Makanan Buat Ramai Terhibur. Bagusnya Fasha Dan Jejai Ni, Dah Berpisah Pun Tetap Mesra. Comel Muka Malu-Malu Jejai Tu, Haha !!

Fasha Sandha telah pun mengadakan majlis sambutan ulangtahun kelahiran anak lelakinya, Putra Rayfal Ramli yang ke 11 tahun semalam. Majlis ini diadakan di Superpark Avenue K KL dan dihadiri oleh sahabat handai dan juga mantan suaminya, Rizal Ashram Ramli atau mesra dengan sapaan Jejai.

Meninjau entry di akaun Instagram Fasha Sandha, telah dikongsikan video Fasha merakam gelagat Jejai yang sedang asyik membungkus makanan. Kata Fasha, ini adalah kali pertama Fasha melihat Jejai membungkus makanan selepas selepas majlis.

Ini kerana Jejai mengatakan menu dan masakan catering yang ditempah oleh Fasha ini sedap. Fasha juga turut memberitahu di kapsyennya itu Jejai ini malu jika dirinya direkod tetapi Fasha tetap rekod juga sebagai kenangan untuk Jejai dan anak-anak.

Kemesraan Fasha dan Jejai ini meraih pujian daripada warganet. Tidak kekok dan tetap baik sebagai seorang sahabat walaupun sudah berpisah, Fasha dan Jejai menjadi pasangan contoh dan boleh dijadikan inspirasi untuk pasangan bercerai yang lain.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Fasha ini sehingga kini telah pun meraih hampir 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Amboi Yop hahaha.. Jarang-jarang berlaku lelaki bungkus makanan lepas majlis hehe.. Sedap sangat lah tu sampai tapau.. ”

” Fasha sandha mmg sentiasa kenyangkan perut org sekeliling dia, tk kisah la mahal ke murah ke yang penting SEDAP.. Apa je food yg dia kata sedap means mmg betul sedap lah.. ”

” Muka Jejai redha kena rekod haha.. Terkejut duk syok bungkus makanan tiba-tiba kena terjah haha.. ”

” Hahah comelnya Fasha dan mantan suami.. adoi comel lah depa ni suka tengok, semoga masing-masing bahagia walaupun berpisah.. ”

” Mesti sedap sangat sampai bungkus hihiks. Suker tengok keluarga harmoni ni takder gaduh2 walau ditakdirkan penceraian. Mendoakan supaya jejai juga bertemu jodoh sbb lama sgt menduda.. ”

” Jejai memang seorang kaki makan hehe.. kedai dia pergi mesti sedap.. dia boleh buat review makan tekak dia boleh percaya.. ”

” Malu kawan tu kena rekod haha.. pemalu sangat jejai ni rupanya. Fasha pun suka menyakat, seronok tengok dua-dua bagus dan matang.. ada majlis anak je, jejai tak akan pernah mis datang.. mesti ada muka dia kan.. ayah yang baik.. ”

Seronok warganet melihat gelagat Fasha dan Jejai itu, sampai tersipu malu Jejai hendak membungkus makanan. Tapi memang betul pun, jarang dapat melihat Jejai sebegini. Menu dan masakan kali ini kena dengan selera Jejai lah. Tapau jangan tak tapau Jejai, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber :  IG Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT