Artis / Selebriti
” Comelnya Aafiyah, budak beautiful yang paling rajin senyum.. ” – Netizen

Rakaman Video Siti Aafiyah, Anak Kepada Dato’ Siti Nurhaliza Yang Memakai Tudung Meraih Perhatian Peminat. Part Aafiyah Minta Ayah Puji Tu Comel Sangat !!
Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza sering menjadi bualan peminat di media sosial, bukan sahaja dirinya bahkan anaknya, Siti Aafiyah juga turut menerima tempias yang sama. Gelagat Aafiyah yang sering dikongsi Dato’ Siti sering menghiburkan sesiapa yang melihat.
Hasil tinjauan di Instagram, Dato’ Siti ada berkongsi gelagat anaknya, Aafiyah memakai tudung di IG story. Dalam video yang turut sama dimuatnaik di akaun Instagram Inaijari, kelihatan Aafiyah sedang memakai tudung jenis shawl yang dihadiahkan kepadanya. Aafiyah nampak sangat gembira sewaktu video tersebut dirakam.
Dato’ Siti yang memakaikan tudung tersebut juga sangat teruja melihat wajah comel anaknya itu. Lebih menarik perhatian adalah mimik muka Aafiyah dan juga gelagatnya yang posing sewaktu bertanya pendapat ayahnya, cantik atau tidak dirinya memakai tudung.
Reaksi Aafiyah selepas dipuji oleh Dato’ Khalid seperti princess juga buat peminat bertambah ger4m dengan kecomelan si kecil ini. Alahai, manja betul Aafiyah dengan ayahnya. Melihat gelagat anaknya itu sudah cukup membuatkan Dato’ Siti seronok.
Jom ikuti perkongsian video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )
https://www.instagram.com/p/CKO0eS4BFU1/
Gelagat Aafiyah sewaktu menggayakan tudung yang dipakainya membuatkan peminat melting. Antara komen-komen mereka adalah :
” Comeyyy nyaaa, Cepatnya aafiyah dh besar, Cantik Afiah coml, Comelnye afiyah.. cantik… comelll, comel sgttt.. ”
” Budak beautiful yang terpaling rajin senyum. Ketawa kebahagiaan, Masyaallah anak sholehah, Afiyah beli kat mana tudung tuu.. “
” Comey sangat affiah pakai tudung, Cantek syg, cmelnya Aafiyah ni, Alhdulillah.. Ala alaa comel je afiyah, semoga Jadi anak soleh solehah, Comel nye.. “
Untuk rekod, Aafiyah merupakan anak pertama Dato’ Siti bersama Dato’ Khalid. Dato’ Siti kini sedang mengandungkan anak keduanya dan seperti yang dimaklumkan oleh Dato’ Siti sebelum ini, kandungannya itu merupakan kembar Aafiyah sewaktu process IVF terdahulu.
Seronok melihat gelagat Aafiyah dalam video tersebut. Senyuman manis yang sentiasa terukir di bibir semestinya buat Dato’ Siti bahagia . Didoakan semoga Aafiyah membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa menggembirakan kedua ibu dan bapa.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Inaijari, Siti Nurhaliza Tarudin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Patut la Ara cakap Syed Saddiq boyfriend dia. Tengok la layanan dia macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago
” Oh dia dah tak nak tengok sayalah. Saya faham.. ” – YB Syed Saddiq