Artis / Selebriti
” Comel sangat, semua minta dukung.. ” – Netizen
Video Anak Dato’ Siti Nurhaliza, Anak Izara Aishah Dan Anak Siti Saerah Berebut Nak Peluk Bella Astillah Buat Ramai Tersentuh. Alahai Mesra Sungguh Anak-Anak Ini Dengan Bella. Budak-Budak Pun Tahu Bella Baik !!
Meninjau ke akaun Instagram Bella Astillah, perkongsian sebuah video yang memaparkan Bella bersama beberapa orang kanak-kanak telah meraih perhatian ramai. Kesemua kanak-kanak tersebut berebut-rebut untuk memeluk Bella dan berdukung.
Kanak-kanak tersebut merupakan cahaya mata Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah dan juga cahaya mata Izara Aishah iaitu Irisa Alaia. Turut serta ialah anak perempuan Siti Saerah yang merupakan sepupu kepada Siti Aafiyah.
Nampak begitu mesra mereka bersama Bella seperti ibu saudara sendiri. Mungkin kerana sifat penyayang dan keibuan Bella membuatkan kanak-kanak ini begitu suka akan Bella. Kata orang kanak-kanak tidak akan menipu apabila seseorang itu mempunyai sifat yang baik.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Bella menemui kanak-kanak ini ketika menghadiri rumah terbuka hari raya Aidilfitri tempoh hari. Alahai, sweet sangat kan.
Jom tonton video di bawah ;
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila melihat video ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Bila org baik.. budak pun trut suka dan syg dgn org itu, sb hati kanak² bersih dan dpt nilai org tu baik.. Budak2 pandai menilai org ikhlas suka atau tak.. “
” Anak sape yg sorang tu ? anak ctdk dan. izara je kenal… comel2 nyer.. masyallah dorang suka bella.. budak² pun tahu bella ni baik orangnya .. “
” Apabila kanak2 menyukai kamu..percaya laa kamu punya hati yg baik..anugerah.. Wanita baik , walaupun berat dugaan , dia tetap tenang hadapi .. “
” Budak2 selalunya akan tau sapa yang ikhlas sifat keibuan dan sebaliknya. Auto mereka datang nak peluk dan bermanja.. “
” Bestnya dapat jumpa anak dato ct & izara aisyah Budak2 pun suka Bella semua sayang Bella aura bella baik.. Cantik makin Hari makin cantik love lah.. “
” Aura bella makin menyerlah sejak akhir² ini semoga segala urusan kak bella dipermudahkan.. Comel sgt..semua mintak dukung.. “
Pastinya apabila Bella bersama mereka akan membuatkan Bella teringat anak perempuannya iaitu Ara Adreanna. Ara juga lebih kurang sebaya dengan mereka. Terserlah sifat penyayang dan keibuan seorang yang bernama Bella Astillah ini. Semoga semua urusan Bella dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen



