Connect with us

Artis / Selebriti

” Comel sangat rupanya perangai Tokti ni. Memang sebijik Afwa, haha.. ” – Komen Netizen

Video telatah Dato’ Seri Siti Nurhaliza ketika membuat live menjual tudung buat ramai terhibur. Alahai random betul perangai DS Siti. Comel sangat, dah macam Afwa, hehe..

Meninjau di akaun TikTok milik 91rdaos, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza sedang membuat siaran langsung bagi mempromosikan tudung jualannya. Kehadirannya dalam sesi siaran langsung itu menarik perhatian ramai peminat yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan gelagat idola kesayangan mereka.

Menerusi video tersebut, pada awalnya DS Siti dilihat memperagakan pelbagai gaya menarik yang boleh digayakan dengan tudung berkenaan. Dengan penuh keyakinan dan senyuman yang tidak lekang di bibir, DS Siti menunjukkan cara pemakaian yang sesuai untuk pelbagai gaya.

Namun begitu, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah telatahnya yang spontan dan ‘random’ sepanjang siaran langsung itu berlangsung. Ada sahaja reaksi dan gaya bersahaja yang ditunjukkan oleh DS Siti membuatkan penonton tidak kering gusi.

Sikapnya yang semula jadi dan tidak dibuat-buat menjadikan suasana siaran langsung tersebut lebih santai dan menghiburkan. Ramai warganet terhibur melihat gelagat DS Siti dan ada yang berpendapat bahawa telatah bersahaja DS Siti itu saling tidak tumpah seperti anak lelakinya, Muhammad Afwa.

Tonton video di bawah ini :

@91rdaos

Afwa sangat perangai random @Siti Nurhaliza dalam LIVE jual tudung tadi ekkk‼️Apapun LOVE the spirit niaga DSSN ni. Kita tgk pun semangat tertarik nak beli janjiii🫶 Semalam LIVE kelim karipap sardin Harini mai lagi jual tudung pulak guys Mmg entrepreneur berjaya la ek DSSN. Bkn shj berdarah seni suara, seni niaga jgk la ekkk. Terdidik dari kecik tlg Ibu jual kuih masa kecik dulu. Manakan tak terserlah bakat meniaga tu🤍 From “kuih KUIHHH” to “tudung TUDUNGGG”😉💪🏻 Videos credit IG post/story CTDK Video credit TT LIVE Siti Nurhaliza Song credit @Ade Govinda #tudung #fyp #menamakanmucinta #biduanitajualtudung #sitinurhaliza

♬ bunyi asal – Sagita – Sagita

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Comel sangat rupanya perangai Tokti ni. Memang sebiji Afwa, haha.. Suka tengok, muka tu tak makan tua langsung.. “

” Alahaiiiii kenapa comel sangat.. Kita ulang2 entah berapa kali.. Yang awal2 tu sangat lah comel, random betul.. “

” Dah tahu, Afwa punya perangai ikut siapa.. Hahahaha ibunya.. Dalam kelakar dia, comel sangat tengok tau.. “

” Masyaallah, dah lah cantik. kelakar pula tu.. Kalau orang tak tahu mesti ingat Dato’ Siti ni serius kan.. Padahal kelakar sangat.. “

” Hana Tajima.. Tokti nervous ke jual tudung.. Macam baru nak berjinak² dengan bisnes tudung je ni.. Kan.. Betul tak.. “

” Hahaha random ja ye.. Hana tak jadi, hahahaha.. Tok ti mmg rajin la.. Mslhnye ape jer pkai lawa sangat tengok.. “

” Comellllnyaa yg style mula2 tuuu… Cuteeeee sgt.. Macam budak sekolah.. Ni kompom jadi trend ni, eehehehe.. “

Siaran langsung itu bukan sekadar sesi promosi semata-mata, malah menjadi ruang buat peminat melihat sisi ceria dan bersahaja seorang figura besar industri hiburan tanah air. Jelas sekali, keperibadian Dato’ Seri Siti yang rendah diri dan menghiburkan itulah yang membuatkan namanya terus disayangi ramai hingga ke hari ini.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok 91rdaos

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak