Artis / Selebriti
” Comel part kata laluan salah tu. Tumpang happy tengok korang bahagia.. ” – Netizen

Muatnaik Video Luangkan Masa Bersama Isteri, Perkongsian Oleh Izzue Islam Raih Pujian Ramai. Alahai Sweetnya Izzue Dan Awin, Moga Segalanya Dipermudahkan !!
Pejam celik, pejam celik kini tiba tahun 2024. Jika meninjau di media sosial ramai yang tidak melepaskan peluang berkongsi momen sepanjang tahun 2023 lalu sebagai kenangan. Bahkan bukan itu sahaja ramai yang mengharapkan tahun 2024 ini lebih baik daripada tahun 2023.
Pelakon Izzue Islam juga berkongsi ucapan di akaun Instagram miliknya. Tulis Izzue, tahun 2023 dia dan isterinya, Awin masih berdua dan segala urusan mereka sentiasa dipermudahkan. Izzue turut menulis hashtags roadtobertiga memberi bayangan mereka sedang berusaha untuk memiliki cahaya mata.
Selain ucapan, Izzue memuatnaik video mengisi masa bersama Awin. Kelihatan mereka membeli belah di sebuah mall dan menjalani aktiviti berdua. Perkongsian oleh Izzue ini telah menarik perhatian para peminatnya. Ada yang memuji sikap setia Izzue terhadap isterinya meskipun mereka diuji belum mempunyai cahaya mata.
Ramai yang menitipkan doa semoga segala usaha Izzue dan Awin untuk mendapat cahaya mata dipermudahkan. Sehingga kini, posting baru Izzue menerima ratusan komen dan sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Part awal video tu memang kelakar, sempat Awin bertanya kata laluan kepada Izzue sebelum masuk kereta.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan dan rata-rata peminat menyukai perkongsian video oleh Izzue. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comel part kata laluan salah tu. Tumpang happy tengok korang bahagia.. Semoga Izzue dan Awin kekal bahagia selamanya.. “
” Respect dgn Izzue, tetap setia. sebab dia percaya, Semua terletak di tangan yg diatas.. Semoga baik2 sahaja buat kalian yer, insyaAllah pasti ada rezeki nanti.. “
” Ini baru jantan sebenar, tak payah pening2 kepala cari lain semata2 nak anak. Jaga aje yg sudah ada depan mata & usaha apa yg patut. Bkn perabih duit kawin lain.. “
” Allah syg org yg sabar. Percaya la Allah hadirkan cahaya mata itu dgn tak terduga. Semoga tahun 2024 korg suami isteri bakal menjadi mama dan papa.. “
” Nape Awin dr awal tgk sampai la ni comel camtu jer, jelous i, hehe. Selamat Tahun Baru you all semoga kita semua lebih diberkati dilimpahkan rezeki yg lebih dan diberi kesihatan yg baik serta menjadi insan yg lbh baik dr sebelumnya2.. “
” Bismillah, kami semua doakan agar Allah berikan rezeki seiring dengan masa dan ketika yang sesuai. Yakinlah ada doa2 antara kita akan dikabulkn. Amiin Ya Rabb.. “
” Doaku ditahun baru utk Izzue & Awin, semoga terus bahagia, berkasih sayang hingga syurga, Allah kurniakan zuriat yg soleh solehah. InshaAllah.. “
Melihat pasangan ini seperti baru mendirikan rumah tangga, sentiasa sweet sahaja meskipun sudah lama berkahwin. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik buat Izzue dan Awin, semoga mereka sentiasa bahagia dan segala urusan dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG izzueislam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah