Connect with us

Artis / Selebriti

” Comel lah pelat-pelat, pandai buat lirik sendiri. Lirik pun ikut dan je haha.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Afwa menyanyi lagu raya Meriah Lain Macam buat ramai terhibur. Amboi Afwa, bukan main lagi sebutan ‘sayang’ tu. Part Afwa buat lirik sendiri dah macam anak Achey, Tiara pulak. Comel sangat suara Afwa walaupun pelat, hehe..

Setiap kali biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza membuat live di Tiktok, pastinya ramai yang akan menonton live tersebut. Sesekali ada juga masanya anak-anak DS Siti, Aafiyah atau pun Afwa akan menyelit untuk turut sama live bersama ibu kesayangan mereka itu.

Menerusi perkongsian terbaru di akaun Tiktok Sitizoner, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Afwa menyanyi bersama DS Siti lagu raya popular siulan ramai, Meriah Lain Macam. Lagu dendangan Hael Husaini dan Nadeera ini berjaya menambat hati Afwa.

Seronok warganet mendengar nyanyian duet Afwa dan ibunya itu. Afwa mampu mengikut rentak nyanyian DS Siti dan mereka berdua kelihatan begitu enjoy menyanyi bersama. Afwa menyanyi sambil tersenyum-senyum, saling tak tumpah seperti gaya DS Siti menyanyi.

Afwa budak yang bijak dan sudah boleh menghafal sebahagian lirik lagu Hael dan Nadeera itu. Ada bahagian yang Afwa terlupa liriknya, terus Afwa membuat liriknya sendiri. Tergelak DS Siti mendengar lirik ciptaan Afwa itu. Jauh betul dengan lirik asal, kelakar juga Afwa ini.

Jom tonton video di bawah :

@sitizoner

#fyp

♬ bunyi asal – Sitizoner – Sitizoner

Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 27 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Ooo dia menyanyi bising bising tak pe ye Afwa haha.. xlari key dgn tokti.. sma key je,biasa klu bdk ni ssh nk sma key,biasa key lari.. pandai afwa ikut tempo.. afwa ada darah seni dan pandai menyanyi bila besar.. “

” Haha comel Afwa, pandai buat lirik sendiri. Boleh kawan dengan kakak Tiara ni, lirik ikut dan je haha.. “

” Afwa sangat talented nyanyi ikut key ibu dia.. tahun depan tokti duet lagu raya dgn afwa. lock.. seronok dengar dia punya lirik tu.. “

” Ala… shomell lah afwa syg ni.. nanti afwa dah besar nak sangat 1 lagu whereby tokti duet dengan afwa while aafiyah main piano.. “

” Ok ok i balik skarang.. ada bunyi2 tganu skit haha.. In tune tau dia nyanyi. Kerlasss apuahhhh .. lirik x penting.. yg penting muzik on point.. terbaik.. “

” Pandai Afwa nyanyi.. ni mood terlebih baik ni.. kalau tak mesti dia tutup radio haha.. comelllnyaaa afwaaa tersenyum2 Kite dengar dia nyanyi.. “

” Acik memgekek2 ketawa.. adoi afwa.. sampai habis acik tengok.. comel lah pelat pelat macam geng Tiara Achey haha.. penghibur betul lah afwa ni.. boleh lah sayang, tak paham pun tetap sayang.. aah la sayang.. “

Adui lah Afwa, lirik buat sendiri pun syok semua mendengar nyanyian Afwa tu. Afwa juga ada bakat menyanyi sama seperti ibunya. Comel suara Afwa menyanyi walaupun kedengaran masih pelat sebutannya. Tahun depan boleh lah Afwa berduet dengan ibu untuk lagu raya, mesti lagi meletop.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Siti Zoner

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak